Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Friday, October 21, 2011

Sekolah Melayu Pasir Ambor

Aku masih ingat dipenghujung karier Abah...
Abah sangat minat bekerja dan semangat dia sangat berkobar kobar. Bermula dari Sekolah Melayu Rembang Panas bintangnya mula cerah. Masa tu Guru Besar dia ialah Cikgu Ali Uban, dan dia sangat puashati ngan prestasi kerja Abah. Maka diawal tahun 1956, Abah telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar dan sekolah yang dipilih untuk beliau menunjukkan bakatnya ialah SEKOLAH MELAYU PASIR AMBOR.

Disinilah pun Abah mula menjawat jawatan Guru Besar dimana penonolongnya adalah Cikgu Baharudin dan Cikgu Baharudin ni ditukarkan bersama isterinya Cikgu Rogayah dan kami tinggal di berek sebelah menyebelah Saya bersama kakak saya Peridah mengikut abah tinggal diberek ini dan bersekolah disekolah Pasir Ambor.

Cikgu Baharudin pun mempunyai 2 orang anak yang tinggal bersama mereka, iaitu SHAMSULAMRI dan NORHAYATI. Shamsul Amri sebaya dengan saya sementara Norhayati sebaya adik saya Ateh.

Di Pasir Ambor ini banyaklah khidmat bakti Abah yang amat ketara. Pertamanya mengindahkan landscaping sekolah, dengan menanam banyak pokok2 kelapa dan pokok buah2an yang lain.
Keduanya, interaksi dengan orang2 kampung sangat rapat dan mesra. Ketiganya, abah mengambil banyak budak2 yang tak bersekolah untuk disekolahkan Walaupun dah berumur, namun perlu di adjust dan diberi kelas tambahan malam hari. Ramai juga yang berterima kasih dan terhutang budi pada Abah diatas usaha murni beliau ini. Termasuklah saorang Sarjan Polis bernama Alias (dah aruah dah) yg selalu jer komen kebaikkan abah nama dah lupa....tinggal depan sekolah, kawen ngan Maimunah tu!

Sungguhpun tinggal di berek, namun kerap juga Abah balik ke Juasseh. Dan kerap juga abah berulang alik ke Pasir Ambor setiap hari. Abah kayuh basikal jer, basikal tuannya tu, ikut jalan potong di Kapitan. Namun itupun anggaran 15 kilometer jugak satu laluan, pulang balik 30 km. Abah terpaksa berlepas dari rumah pukul 5 pagi dan balik rumah pukul 7 petang. Kalau ikut sekarang 15 km memanglah dekat, tapi masa dulu jalan tanah serta bengkang bengkok dan banyak pulak halangannya.

Merasa jugak kami duduk di berek. Mak pun ada jugak ikut sama tapi untuk beberapa hari saja.

Sunday, September 25, 2011

Memburu burung punai


Setahu saya Abah gunakan senapang hanyalah sekadar memburu burung punai sahaja. Memang pun punai ini enak dan sedap sekali dagingnya. Bukannya banyak pun yang dapat, sehabis banyaknya 4 ekor! Namun bila dicampur dengan nenas ianya sangat enak dimakan.

Selalunya masa cari kayu api bersama Mak juga, Abah akan bawa senapangnya dan bila ternampak burung punai maka adalah rezki untu malam tu.

Yang seronoknya..Ateh masa ngandungkan anak pertamanya NADIAH, mengidam nak makan daging burung punai pulak dia. Sib baik dapat, tu pun ntah mana dapatnya dulu!!!

Friday, May 6, 2011

Perginya Ulung Kalsom



Ulung Kalsum telah meninggal dunia pada petang semalam 5hb Mei 2011 di rumah anaknya Saodah binti Harun di Pelangai, Kuala Pilah, NS. Jenazah allahyarhamah akan dikemubikan pada hari ini di tanah perkuburan berhampiran dengan rumahnya di Kg Kuala Kepis, Juasseh. Anggaran umur Ulung semasa meninggal adalah 80an jugak.


Ulung Kalsum adalah anak Uwang Boghang (Uwan Lijah). Uwan Lijah ini adalah adik beradik dengan Barmah iaitu ibu kepada Arwah Abah (Md Zain), maka Ulung Kalsum ini adalah sepupu kepada Arwah Abah juga. Namun apa yang penting ialah arwah abah ini dulu sangat rapat dengan keluarga Ulung Kalsum ini. Ini adalah kemungkinan keluarga ini sajalah yang dia dapat mengadu nasib dan menerima kasih sayang apabila ibunya meninggal. Uwan Boghang memang sangat menyayangai arwah abah ini dan juga anak2 Uwan Boghang pun begitu juga.


Dari sinilah pun latah arwah abah bermula. Som, Mbong, Wo, Yang......kerana yang disebut Som itu adalah Kalsum ini sebenarnya. Arwah Abah memang tidak pernah miss menziarahi keluarga ini semasa hayatnya, malahan semasa Hari Raya rumah ini adalah wajib dilawati. Begitu jugalah bila Arwah Abah merajuk atau bergaduh ngan Uwan, rumah inilah saja tempat arwah ini berteduh!


Allahyarhamah Ulung Kalsum berkahwen dengan Allahyarham Abd Rahman Tasut dan telah bercerai. Kemudiannya berkahwin pula dengan Allahyarham Harun pada tahun 1949 dan telah dianugerahkan dengan 3 orang anak, iaitu:


Dara binti Harun ..1950 (meninggal tahun 1960)
Saodah binti Harun...1960 (menetap di Pelangai, K.Pilah)
Abd Rashid bin Harun ....1965 (Menetap di Kluang, Johor)


Semasa hayatnya dan semasa mudanya Ulung Kalsum ini sangat pandai memasak. Lauk paling sedap ialah gulai lemak kuning terung telunjuk... Kini tak ada lagi lah masakan enak beliau yang dapat dirasa lagi.


Alfatihah untuk beliau seisi keluarga!




Friday, April 15, 2011

Melabar

Temua

Melabar ialah satu seni dalam menangkap ikan. Dan arwah ini cukup pakar dan berjasa sangat dalam menggunakan kaedah yang saya kira adalah dia sendiri yang menjadi pakar dalam bidang ini dikampung saya.

Keperluan untuk melabar adalah buluh yang baru dipotong sepanjang 2 kaki dan dibelah belah membuatkan setiap satu lebarnya 1 inci ke 2 inci. Satu bahagian buluh diruncingkan supaya mudah dipacak ke pasir.

Cara menggunakannya ialah dibawa buluh2 itu tadi ke Batang Muar atau Temuar. Cari tempat yang lurus dan tenang airnya dan sekadar kedalaman 2 kaki begitu. Buluh tadi dipacak kedasar sungai dengan jarak setiap satu buluh dengan buluh yang lain sekadar sedepa. Bahagian dalam buluh yang berwarna puteh hendaklah menghadap kedepan yaitu melawan arus air.  Dan penebar jala akan duduk dibahagian tengah tengah di hadapan garisan pacakan buluh tadi.

Apa yang terjadi ialah bila ikan turun atau mudek, mereka akan terlihat putihan buluh ini dan mereka akan membelok untuk terus balik kebelakang. Masa dia membelok ini lah si penebar akan menebar jalanya dan jika cekap akan berjaya menangkap beberapa ekor ikan dalam tebran itu.

Arwah ini pernah dapat 9 ekor ikan sebarau dan lampam dalam satu sessi 'melabar' ini. Dan saekor ikan itu pula ada seberat sekati atau lebih. Maka bayangkanlah betapa lumayan rezki kami masa itu! Arwah memang pakar dan hebat dalam menggunakan kaedah ini.

Tuesday, February 22, 2011

Perangai peribadi

Arwah abah sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Lembut dan sopan santun perangainya. Sangat susah nak marah dan jiwanya cukup muang baik2 belaka telahlia dan suka sangat menolong orang. Semasa hayatnya banyak gelaran2 hebat yang dikaitkan dengan perangainya. Ini termasuklah..Tuan Tulis, yaitu mengambil sempena saorang Wali Allah yang pernah hidup dan tinggal di Tanjung Ipoh.

Diantara testimoni2 yang menjurus kepada ketelusan perangai peribadinya ialah:

1. Penyabar dan Rendah Diri. Semasa zaman pemerintahan Jepun, adalah saorang Mamat tu yang jadi Kempetai (polis) Jepun yang cukup sombong dan berlagak seperti Jepun. Mamat ini dulunya pernah menjadi anak murid kepada arwah, tapi bila Jepun memerentah dia telah berhenti sekolah dan bekerja ngan Jepun. Satu hari Mamat ini berseliseh dengan arwah dan menengking arwah kerana tidak bongkok (cara hormat kepada Jepun). Arwah  ini menyangkakan dia pernah jadi anak muridnya dulu maka tak payahlah buat begitu. Namun si Mamat tiba2 naik bengang dan terus membelasah arwah. Pukulan Mamat memang teruk sekali namun arwah masih berjaya meneruskan perjalanannya ke sekolah. Arwah menangis bukan kerana sakit tetapi kerana sedih melihat sikap orang Melayu, malahan anak muridnya sendiri yang bersikap kurang-ajar begitu.

2. Penyayang. Punyalah penyayang, baik pada isteri, anak2, sedara mara atau pun juga anak2 murid dan kengkawannya. Malahan, ianya telah termetri dengan mulut dan hatinya, setiap kali dia melatah dia akan menyebut...SOM, MBONG, WO, YANG!!!  Nama2 itu adalah nama2 orang yang paling dia sayang, iaitu Som adik sepupunya bernama Kalsom, Mbong ialah isterinya bernama Kamariah atau Ombong, Wo ialah anak sulungnya bernama Zaharah atau Awo dan Yang ialah anak keduanya bernama Peridah atau Ayang. Cepat hiba melihat orang terseksa atau melarat dalam hidup, dan pastinya dia akan pasti menolong.

3. Sedia membantu. Bab ini terlalu banyak testimoni nya namun memadailah saya perturunkan beberapa yang menarik sahaja.
  •  Pertamanya, pada tahun 1950an, dikala itu arwah mendapat harta peninggalan bapa mertuanya Md Yatim (meninggal dunia 1949) sebuah kereta Austin of England. Dikala itu hanya 2 orang jer dikampung yang memilikki kereta. Maka ramailah yang ingin menompang untuk menaikki kereta ini. Arwah terpaksalah menghantar sampai ke Jempul dan balik dan selalunya lewat balik dari sekolah kerana tugasan bakti pada orang kampung.
  • Keduannya, menolong anak2 miskin dalam melanjutkan pelajaran. Di kala itu ramai orang miskin dan tak mampu menghantar anak2 mereka kesekolah. Arwah telah mengutip mereka dan menyekolahkan mereka. Oleh kerana ramai dah berumur belasan tahun, maka terpaksalah arwah membuat kelas tambahan dimalam hari bagi mempercepatkan pembelajaran yang banyak tercicir. Ada seorang hamba allah yang pernah menemui saya pada tahun 80an dan beliau dengan terbuka memuji arwah ini.....''kalau lah tidak kerana Cikgu Md Zain, entah apalah nasib saya sekarang ini! Cikgu Md Zain mengambil saya dari lembah kemiskinan, menyekolahkan saya sehingga saya menjadi orang yang berguna!''.
  • Ketiga, sungguhpun bergaji kecil dan tidak mencukupi menyara anak2 sendiri, namun arwah masih mampun membantu adik2 iparnya dalam melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti. Dia memang berjiwa besar dan ingin adik2 iparnya menjadi orang2 terpelajar, dan insya allah adik2 iparnya ini semuanya berjaya dalam pengajian masing2.
  • Keempat, sebarang aktibiti kampung, baik ugama, kemasyarakatan, kenduri kendara, arwah amat sedia menghulurkan bantuan tenaga dan wang ringgitnya.

Sunday, February 20, 2011

Reban ikan


Masa saya kecil2 dulu reban ikan ini sememangnya sangat popular bagi semua orang dikampung. Ianya dibuat ditepian Batang Muar atau ditempat yang airnya tidak mengalir..

Cara membuatnya adalah dengan menggunakan buluh-pimping yang terdapat banyak sekali di tepian sungai itu. Reban-ikan menyerupai kotak segi empat berukuran 10kaki x 15kaki begitu atau pun lebih besar lagi. Ianya berpintu satu dan pintu ini sentiasa terbuka. Kotak ini didindingi dengan buluh-pimping tadi yang dianyam begitu rupa sehingga ianya sangat rapat dan ikan selebar 2 inci tidak boleh keluar. Dalam reban ini pula dibubuhlah kelapa ker, ubi gadung ker, ubi kayuker sebagai umpan kepada ikan2.

Masa menengok reban ialah di waktu pagi. Bila air dalam reban berkocak kuat maka sudah pasti banyak ikan didalamnya. Pintu reban pun ditutup dan seterusnya ditangguklah ikan2 yang ada dalam reban itu. Atau pun dijala sekiranya reban itu besar dan boleh dijala. Hasil dari tangkapan ini selalunya cukup lumayan sekali. Pernah jugak ada orang kampung yang rebannya dimasukki buaya, kerana jika ikan banyak sudah pasti buaya pun minat juga.

Abah sememangnya sangat minat dengan usaha mencari hasil2 sungai. Reban beliau sudah pastinya salah satu reban yang banyak sekali mengeluarkan hasil. Cara buatan, lokasi dan juga umpan adalah memainkan peranan penting dalam membuatkan reban itu berjaya.

Tuesday, February 15, 2011

Tok Dukun

Arwah pernah bercerita tentang masa mudanya dikampung. Dikala itu mungkin dalam belasan tahun dan bapa saudaranya ketika itu ialah Dukun Suman, bergelar Dukun Di Raja pada masa itu. Anak2 murid Dukun Suman termasuklah anak2 dia, Angah Mail, Abah dan lain2.  Namun arwah tinggi pelajaran dan tahu sedikit sebanyak berkenaan Quran.

Bila sampai bab pengakhir mantera....kun payakun maka jadilah..! arwah telah mempersoalkan ayat ini dan maksudnya. Dengan sendirinya Tok Suman telah menasihatkan arwah abah meninggalkan kelas kerana katanya arwah tidak sesuai menerima ilmu tersebut.

Selang beberapa tahun selepas itu, iaitu mungkin pada tahun 1957, arwah telah ditukarkan ke Sekolah Pasir Ambor, di Ulu Juasseh. Masa disinilah di satu petang arwah telah didatangi saorang perempuan muda yang terpekik terlolong untuk mintak tolong. Perempuan itu sememangnya dirasuk hantu, atau khususnya oleh polong.

Arwah telah mengambil sebaldi ayer dan membacakan ayat kursi sebanyak 3 kali. Namun bacaanya bila sampai ke ayat...''hit tuma'' itu beliau telah mengulanginya beberapa kali. Sesudah selesai air itu disimbahkan kepada perempuan yang berguling teruk dimasukki hantu itu. Dengan keredaan Tuhan, perempuan itu terus berhenti menyepak terajang serta berguling dan sebaliknya lemah longlai dan menangis teresak esak. Dia terus merayu..tolong saya Cikgu, tolong selamatkan saya!  Insya allah, perempuan itu kembali puleh dan tiada lagi gangguan terhadapnya selepas itu.

Cerita keajaiban arwah memulehkan pesakit kronik diserang hantu tersebar luas. maka selepas itu ramailah orang kampung datang menemui beliau untuk menjampikan air. Arwah tidak pernak menolak, malahan itu sajalah bacaan penawarnya, iaitu bacaan ayat kursi sebanyak 3 kali dan membaca kali ulangan semasa sampai ke ayat ..hit tuma!

Huallah hualam bissawab!