Saorang insan mulia yang mempunyai jiwa emas, menabur bakti sepanjang hayatnya serta mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. Itulah abahku....
Sunday, February 20, 2011
Reban ikan
Masa saya kecil2 dulu reban ikan ini sememangnya sangat popular bagi semua orang dikampung. Ianya dibuat ditepian Batang Muar atau ditempat yang airnya tidak mengalir..
Cara membuatnya adalah dengan menggunakan buluh-pimping yang terdapat banyak sekali di tepian sungai itu. Reban-ikan menyerupai kotak segi empat berukuran 10kaki x 15kaki begitu atau pun lebih besar lagi. Ianya berpintu satu dan pintu ini sentiasa terbuka. Kotak ini didindingi dengan buluh-pimping tadi yang dianyam begitu rupa sehingga ianya sangat rapat dan ikan selebar 2 inci tidak boleh keluar. Dalam reban ini pula dibubuhlah kelapa ker, ubi gadung ker, ubi kayuker sebagai umpan kepada ikan2.
Masa menengok reban ialah di waktu pagi. Bila air dalam reban berkocak kuat maka sudah pasti banyak ikan didalamnya. Pintu reban pun ditutup dan seterusnya ditangguklah ikan2 yang ada dalam reban itu. Atau pun dijala sekiranya reban itu besar dan boleh dijala. Hasil dari tangkapan ini selalunya cukup lumayan sekali. Pernah jugak ada orang kampung yang rebannya dimasukki buaya, kerana jika ikan banyak sudah pasti buaya pun minat juga.
Abah sememangnya sangat minat dengan usaha mencari hasil2 sungai. Reban beliau sudah pastinya salah satu reban yang banyak sekali mengeluarkan hasil. Cara buatan, lokasi dan juga umpan adalah memainkan peranan penting dalam membuatkan reban itu berjaya.
Labels:
ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment