Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)
Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Memburu burung punai


Setahu saya Abah gunakan senapang hanyalah sekadar memburu burung punai sahaja. Memang pun punai ini enak dan sedap sekali dagingnya. Bukannya banyak pun yang dapat, sehabis banyaknya 4 ekor! Namun bila dicampur dengan nenas ianya sangat enak dimakan.

Selalunya masa cari kayu api bersama Mak juga, Abah akan bawa senapangnya dan bila ternampak burung punai maka adalah rezki untu malam tu.

Yang seronoknya..Ateh masa ngandungkan anak pertamanya NADIAH, mengidam nak makan daging burung punai pulak dia. Sib baik dapat, tu pun ntah mana dapatnya dulu!!!

Tuesday, February 15, 2011

Melukis

Arwah ini memang cukup pandai melukis, malahan menulis 'khat' juga cukup cantik hasil perbuatannya. Teringat di satu ketika bilamana arwah didatangi oleh Tok Cik yang mana ketika itu sedang menghadapi peperiksaan Cambridge. Dan dia dikehendaki melukis 'imaginative paper' nya bertajuk 'burning midnight oil-lamp'! Arwah akur pada permintaan Tok Cik Malik ini dan mulalah dia melukis.

Namun dengan menggunakan pencil sahaja, arwah dapat menghasilkan satu lukisan yang amat menarik sekali. Ianya melakarkan saorang pelajar yang duduk dimejanya sedang membaca buku dan pencil terkatong-katong ditangannya. Tangan itu pun terkapai kapai dekat kepalanya. Sementara pelita ayan sedang menjala dan asapnya berkepul-kepul keudara.

Hasil lukisannya cukup cantik dan saya cukup pekenan melihatnya. Begitu juga dengan sebarang perarakan Maulidin Rasul, arwah cukup bersedia untuk menurunkan kepakarannya semasa melukis dan menulis khat di atas papan perarakan.

Tuesday, December 14, 2010

Bela Itik

Ada satu ketika dulu, masa itu saya baru berumur 4/5 tahun, arwah punyalah banyak bela itek! Mungkin hampir 200 ekor agaknya. Dan masa itu jugak, kami sangat kaya! Pernah memegang dan memiliki wang not 10 ringgit, emak yang bagi pun.

Kekayaan itu tiada lain puncanya ialah hasil dari jualan telur itek. Setiap hari lebihkurang 100 biji telur diperolehi dan setiap biji dijual dengan harga 10 sen sebiji. Memang puteh jer reban itek dilihat setiap pagi.

Arwah menyediakan lorong yang berpagar untuk itek turun kekolam ditepi sawah. Jika itek terlepas kesawah, nanti akan rosak padi dan sudah tentu akan bergaduh sakan dengan jiran2. Insya allah semua itu telah diatasi oleh arwah dan jiran2 pun tidak banyak yang merungut.

Masa ini pun saya tengok arwah cukup kuat bekerja. Balik sekolah terus buat kerja bela itek termasuklah..tebang pokok sagu dan terus mencincang isi sagu sampai jadi ketulan2 sebesar ibu jari tangan. Kemudiannya sagu yang telah dicincang itu dijemur supaya jadi kering dan mudah di beri makan kepada itek. Kalau tak dijemur, sagu akan busuk dan itek tak mahu makan pun.

Semasa bela itik inilah, kami kaya! Akak, ayang, ateh semuanya Mak belikan rantai dan loket emas. Namun banyak loket itu telah hilang, pasal diorang bukan kisah sangat. Selalunya tercicir dan terus hilang!