Hidup dikampung memerlukam kemuafakatan yang tinggi kerana orang kampun semua dalam keadaan dhaif. Mereka mencari nafkah dari hasil hutan dan sungai, seterusnya bercucuk tanam dan beras pun adalah tanaman mereka sendiri.
Sebagai saorang guru, kiranya berpendidikan tinggi jugaklah tu yang ada tinggal dikampung, belau memainkan peranannya sebagai pemimpin juga bagi orang2 kampung. Banyak projek kerajaan yang cuba disalurkan kepada rakyat kampung akan tergendala sekiranya tiada pemimpin yang berwibawa untuk menjayakan projek kerajaan ini.
Abah membantu Mak dalam menjayakan kerja2 amal bagi kebaikan orang kampung sejagat. Ini termasuklah Persatuan Belia, Persatuan Pekebun Kecil, Persatuan Menternak Ayam, Persatuan Padang Kerbau dan berbagai-bagai persatuan lagi demi untuk menambah pendapatan rakyat kampung.
No comments:
Post a Comment