Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)
Showing posts with label Susur galur. Show all posts
Showing posts with label Susur galur. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Ismail bin Laksamana Kutil

Ismail bin Laksamana Kutil adalah sepupu kepada arwah. Dia adalah sedara dari Tanjung Ipoh dan ada kena mengena dengan Kembang, Saamin dan lain-lain. Namun Arwah Ismail memang selalu datang menziarahi kami di kampung. Selalunya kalau dia datang tu mesti bermalan 2/3 hari dan arwah ni ialah beliau cukup petah bercakap dan ceritanya sangat banyak sekali. Sudah tentunya kami memang berkerumun mendengar beliau bercerita. Dan gelak ketawa sememangnya sudah menjadi aktiviti kami semasa bersama dengannya.

Arwah Ismail tinggal di Kampung Kenanga, Rawang. Masa akhir hayatnya, beliau bekerja sebagai Penjaga Gate Keretapi di Rawang. Maka quarters nya memanglah tidak berapa jauh dari Gate Keretapi tu. Menjelang 50an umurnya beliau telah berjaya mendapat tawaran membeli rumah murah di Kampung Kenanga. Pindah ke Kampung Kenanga beberapa tahun sahaja sebelum arwah bersara.

Mengikut cerita arwah Abah, Arwah Ismail ni semasa kecilnya telah ditimpa buah kelapa kepalanya. Kecederaannya teruk juga namun arwah masih berjaya diselamatkan. Namun akibat kemalangan itu, otaknya bergoncang kuat dan meninggalkan kesan seperti orang kurang siuman dan percakapannya kurang difahami. Malahan semasa penyakitnnya menyerang, isterinya lah yang membuat tugas menjaga gate keretapi di Rawang tu. Isterinya bernama Kak Esah!

Bagi sedara sedara yang ingin merapatkan lagi silaturrahim, eloklah berkunjung di rumah peninggalannya yang terletak di Rawang. Anak2nya masih ramai dan kurang hubungan dengan keluarga di Juasseh.

Tuesday, December 14, 2010

Tok Uda

Tok Uda @ Zainal bin Yusof adalah adik kepada ibu arwah. Tok Uda jugaklah yang menyelamatkan nyawa arawah abah semasa dia diseksa dan dihina oleh ibu-tirinya semasa hidup di Kampung Kuala Kepis, Juasseh.  Mengetahui penderitaan dan azab sengsara yang di alami aruah, Tok Uda telah membawanya ke Seremban dan tinggal bersama familinya di Seremban. Isteri Tok Uda bernama Awi tersangatlah mulia hatinya dan menganggap arwah ini sebagai anaknya juga. Maka terlupuslah azab sengsara yang arwah alami buat beberapa tahun lamanya.

Tok Uda masa itu bekerja sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seremban dan berpengaruh jugak orangnya. Beliau sangat handsome dan tegap orangnya. Malahan arwah abah banyak mengetahui perkara2 rahsia berkenaan dengan Tok Uda ini kerana Tok Uda sangat sayang dan mempercayai arwah abah sepenuhnya.

Sekitar tahun 1956, Tok Uda pergi menunaikan fardu haji dan menaikki kapal laut dari pelabuhan di Singapura. Kapal bernama Nanking dan memakan masa selama 15 hari baru sampai Mekah. Arwah telah berkesempatan untuk menghantarnya ke pelabuhan di Singapura. Maka sebelum berlepas, arwah telah diajak oleh Tok Uda untuk melihat anaknya dari perkongsian rahsia nya dengan saorang gadis China di Singapura. Namun pertemuan itu tidak tertunai kerana Tok Uda sampai kelokasi perjumpaan itu lambat beberapa jam.

Arwah sering menceritakan kisah ini.  Perkongsian Tok Uda bersama gadis Cina itu telah menghasilkan saorang anak  perempuan dan amat cantik sekali. Kemungkinan kegagalan untuk berjumpa itu akan membuatkan isterinya itu kembali ke keluarganya dan kembali menganut ugama Budhanya. Dan anaknya terus hanyut dalam keluarga Budha itu. Arwah rasa amat kesal diatas peristiwa itu.

Wan Boghang

Teringat semasa Wan Boghang jatuh sakit! Kerap kali arwah berulang alik kerumahnya di Kuala Kepis. Dan kerap juga arwah ini membawa saya bersama. Namun perkara yang menarik ialah semasa Uwan sakit tenat hinggalah Uwan meninggal, ada jer saekor lembu berehat dibawah rumahnya.

Namun kemudian dari itu dan selepas Uwan meninggal baru arwah cerita yang lembu itu adalah harimau. Saya pun tidak dapat lihat dengan jelas kerana malam hari dan dari matan saya adalah saekor lembu. Rupa2nya harimau keturunan itu cukup setia dengan tuannya dan menunggu dengan sedih dibawah rumah.

Uwan Boghang ialah adik beradik dengan emak arwah mengikut salasilah berikut:

Othman.......Dukun Suman
Ahmad.........Monti Ahmad, pemes dengan kelakarnya
Lijah............Uwan Boghang
Barmah........Ibu kandung arwah
Zainal...........Tok Uda

Uwan Boghang ni sangat rapat dan sayang ngan arwah ni. Kiranya dialah yang mengganti tempat ibunya sejak ibunya meninggal dunia. Uwan Boghang ada mempuyai sorang anak bernama Kalsum. Kami memanggilnya Ulung Kalsum dan juga sangat disayangi oleh arwah ini.

Tuesday, December 9, 2008

Keturunan

Semasa saya kecil abah selalu sebut nama2 bapa dan datuk neneknya....
Md Zain bin Bador
Bador bin Salleh
Salleh bin Pathan
Pathan bin Jak Saeng
..........

Namun dari susur galur yang mampu saya perolehi
abah adalah dari Suku Selemak Pahang
iaitu salah satu dari 12 suku yang terdapat
dalam rumpun dan naongan Adat Pepatih
di Negeri Sembilan