Labels

Tuesday, October 25, 2011

Peristiwa semasa Jepun memerintah



Jepun memerentah Malaya dari tahun 1939 hingga 1945. Abah berkahwin dengan Mak pun semasa pemerentahan Jepun ini jugak. Sebagai Cikgu, Abah masih ditugaskan mengajar tetapi banyak mengajar pasal Jepun dan menggunakan Bahasa Jepun.

Padi memang susah pun. Kalau tanam padi pun Jepun yang akan ambil hasilnya. Maka masa pemerintahan Jepun ini semua orang tanam ubi kayu dan makan ubi kayu juga. Abah banyak menanam ubi kayu untuk menyara keluarganya. masa pemerentahan Jepun orang kampung banyak bergantung dari hasil hutan pun, kerana itulah pun yang Jepun tak kacau.

Abah ada cerita, satu hari semasa dia mengayuh basikal kesekolah di Serting Hilir, saorang pemuda Melayu yang masa itu bekerja dengan Jepun telah memukul dan menendang Abah. Puncanya Abah tak bongkok kat dia! Dia pun adalah anak murid Abah dulu, tapi sekarang bekerja dengan Jepun. Kononnya Abah tak bongkok dan hormat padanya, maka dia belasah abah cukup.

Sampai di Sekolah Serting Ilir, Abah telah menangis tersedu sedan. Menangis bukan pasal sakit tetapi sedih yang amat sangat kerana saorang Melayu dan bekas anak muridnya juga yang ambil kesempatan diatas kebongkakan dirinya bila mempunya "sedikit kuasa"!!!

Langkah 12, silat harimau

Ini adalah matlamat segala silat dan silat yang terakhir sekali dimana ujian nya jugak adalah pertarungan dengan harimau sendiri. Abah ada nuntut ilmu silat ''LANGKAH 12" ni dan selalu dia bercerita tentang silat ini. Namun tak pernah pulak dia ajar kepakaran silat ini kepada saya.

Nuntut Ilmu Harimau

Sebaik sahaja Abah mendapat ilmu ini abah telah pergi menyuluh pelanduk tidak berapa jauh dari rumah. Elok saja dia menyuluh beberapa minit, maka terserempaklah dengan mata merah yang besar...iaitu MATA HARIMAU. Abah buangkan senapangnya dan terus lari balik kerumah, mengeletar lah kot!

Besoknya baru pergi ambil senapangnya balik.

Mengikut keterangan Guru, harimau itu memang dijadikan sebagai cubaan ilmu yang Abah telah pelajari. Sepatutnya Abah gunakan ilmu tersebut dan Sang Harimau sepatutnya tunduk dan terus beredar dari tempat itu. Ujian bagi Abah tidak lulus maka ilmu itu tidaklah dapat digunakannya....dan seterusnya tidaklah dapat dia menurunkannya kepada anak-cucunya.

Kerja amal

Hidup dikampung memerlukam kemuafakatan yang tinggi kerana orang kampun semua dalam keadaan dhaif. Mereka mencari nafkah dari hasil hutan dan sungai, seterusnya bercucuk tanam dan beras pun adalah tanaman mereka sendiri.

Sebagai saorang guru, kiranya berpendidikan tinggi jugaklah tu yang ada tinggal dikampung, belau memainkan peranannya sebagai pemimpin juga bagi orang2 kampung. Banyak projek kerajaan yang cuba disalurkan kepada rakyat kampung akan tergendala sekiranya tiada pemimpin yang berwibawa untuk menjayakan projek kerajaan ini.

Abah membantu Mak dalam menjayakan kerja2 amal bagi kebaikan orang kampung sejagat. Ini termasuklah Persatuan Belia, Persatuan Pekebun Kecil, Persatuan Menternak Ayam, Persatuan Padang Kerbau dan berbagai-bagai persatuan lagi demi untuk menambah pendapatan rakyat kampung.

Lembut hati

Abah dilahirkan dalam keadaan yang dhaif juga. Tidak beberapa lama lepas kelahirannya, ibunya pula meninggal dunia. Atuk Bador berkawen dengan Wan Saelan, masa tu abah kecil sangat lagi. Lumrah zaman dahulu, ibu-tiri ini adalah neraka bagi kanak2 yang masih kecil.

Abah dibesarkan dengan penuh kekejaman dan penderitaan. Atuk Bador sememangnya merantau berbulan bulan dan tidak mengetahui sangat kebajikan anaknya ini, malahan diserahkan bulat2 kepada isteri mudanya untuk menjaganya.

Dari permulaan itulah, Abah telah membina perwatakkan yang ''amat merendah diri'' sehinggalah beliau meninggal dunia. Namun mengikut genetic dia juga, Atuk Bador dulu pun jenis lembut jga dan mulia hatinya. Abah memang mempunyai hati yang tersangat mulia. Cepat mengalah, cepat bersedih, cepat hiba, cepat bawa diri dan setahu saya........makan hati juga!!!

Monday, October 24, 2011

Ilmu kunci mulut buaya

Semasa Abah dalam usia mudanya banyak juga orang2 kampung yang sudi menurunkan ilmu kepada beliau. salah satu ilmu tersebut ialah ilmu mengunci mulut buaya. Ilmu ini sangat berguna kerana masa itu Temua (Batang Muar) memang banyak buaya dan ramai jugak yang jadi mangsa buaya.

Batang Muar mesti dilalui bagi orang2 yang duduk di seberang apabila mereka mengerjakan sawah-padi mereka yang kebetulan sawah mereka terletak di seberang sungai. Mak pernah bercerita ada sorang tu sedang bawa bakul penuh padi diatas kepalanya dan menyeberang sungai. Sampai ditengah2 sungai terus hilang dibaham buaya.

Begitu juga punca makanan yang berperotin hanyalah terdapat di Temua ini, iaitu ikan2 dan juga anak2 udang. Semasa ramai2 berduyun menangkap ikan cara ''MENGOCA", masa itulah pun buaya akan keluar jugak kerana tempat persembunyian mereka telah dikacau. Bahaya sungguh bagi pengoca!!!

Ilmu yang abah tuntut itu ialah bacaan ayat al-kuran dan bila sudah dibaca maka ditampar air sungai. Insya allah buaya2 akan tidak mengacau manusia. Dan selepas habis mengoca atau menyeberang sungai maka dibaca sekali ayat tersebut, kali ini untuk membuka kunci pula.

Kuala sungai di Kuala Rembang Panas sememangnya termasyur ada buaya disitu. Entah mana dah perginya buaya tu sejak sungai semakin kering dan kecil.

Menunaikan fardu haji

Pada tahun 1972, Abah telah menunaikan fardu haji bersama dengan 9 orang lain. Kebetulan dimusim haji itu Abah telah bersara dan duit bonos persaraan dia digunakan untuk menunaikan fardu haji. Famili yang turut serta dalam kumpulan Abah ini ialah Abah, Mak, Ayang, Akak, Abang Md Noor dan beberapa orang sedara mara yang terdekat.

Pemergian mereka ke Mekah bersamaan dengan permulaan penggunaan pesawat udara, dimana sebelum ini naik haji biasanya naik kapal laut sahaja. Saya berkesempatan menghantar mereka menaiki kapalterbang Pakistan Airlines yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi di Singapore.

Kumpulan ini bertuah kerana Ketua Rombongan ialah Sheikh Ibrahim Al-Kaderi sendiri iaitu Tuan Guru kami yang amat tersohor martabatnya. Pengalaman mereka sangat indah sekali dan banyaklah cerita2 pelik yang mereka bawa apabila balik dari mengerjakan haji itu.

Akak semasa mengerjakan haji ini sedang sarat mengandung dan ikut perkiraan beliau akan melahirkan anak semasa di Mekah ini. Namun sempat balik ke Malaysia dan beberapa minggu pulak sudah berada di rumah baru dia bersalin. Anak yang dikandungkannya ialah anak sulungnya bernama ABDUL KADER.