Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Tuesday, December 14, 2010

Ambil gaji

Pada satu hari dihujung bulan maka sampailah masanya untuk menerima gaji. Arwah semasa itu mengajar di Sekolah Melayu Rembang Panas di sekitar tahun 1955 begitu. Saya masih teringat bila arwah minta duit tambang bas dari Mak. Mak pun tiada duit rupanya.

Tambang ke Kuala Pilah ialah 25 sen sahaja, namun 25 sen pun ibu-bapa kami tiada memilikinya. Maka terpaksalah mencari serata ceruk rumah untuk mendapatkan duit itu. Mak beritahu dia ada terjumpa 10 sen dan terletak di lantai pengapit bendul dan saya berlari ketempat itu dan berjaya mendapatkannya. Hasil dari operasi mencari itu akhirnya berjaya jugak dikumpulkan duit sebanyak  25 sen maka berlepaslah arwah ke Juasseh untuk menaikki bas ke Kuala Pilah dan seterusnya menerima gaji di Sekolah Melayu Kuala Pilah A berhadapan dengan padang dekat Balai Polis tu.

Lazimnya arwah ini bila pergi ambil gaji di Kuala Pilah, dia akan membawa saya bersama. Apabila gaji sudah diambil dia akan belanja saya makan nasi di Restoran Abdul Hameed di depan Bas Stesyen Kuala Pilah.  Menu istimewa kami ialah nasi siam dan sekeping hati masak kicap, nasi 15 sen, hati 25 sen dan air sirap10 sen. Semuanya 50 sen dan dua orang baru satu ringgit.

Yang kesiannya apabila balik rumah mesti cerita pada Ayang. Dia mampu menjilat jari dan kemudiannya menyapu kelehernya sahaja...''memang sodap kan Nuar!!!' tak cerita pun tak boleh pasal dia yang tanya, "apa abah belanja kau tadi?"

Memburu pelanduk



Ikut cara Abah ni di namakan "menopok". Peralatan yang diperlukan ialah senapang, daun palas dan kayu sebesar ibu-jari sepanjang 1 kaki ke dua kaki. Caranya ialah kena cari tempat yang sesuai dan ada kesan2 tapak kaki pelanduk di kawasan pamah dan lembut. Bila tempat sesuai sudah ditemui maka berehat kejap bak 5 - 10 minit bagi menenangkan keadaan.

Dari tempat yang tersembunyi itu maka dibentangkan daun palas dan dipukul mengikut rentak tarian pelanduk. Ianya berbunyi...tap..tap..tap..trapp..tap..tap! Maka diulanglah dengan beberapa kali. Jika ada pelanduk jantan dikawasan itu, ianya kan membalas balik bunyi itu dengan kakinya dan selalunya ia akan datang rapat untuk melihat sendiri siapakah pencabarnya itu. Kalau pelanduk betina, ianya terus datang ketempat kami yang sedang 'menopok' itu.

Bila pelanduk betina atau jantan masuk dalam sasaran maka ditembaklah dengan menggunakan senapang. Namun ada jugak bahayanya kerana harimau pun tahu bunyi tarian pelanduk ini dan jika nasib tak baik harimau sendiri akan datang. Masa tu......cabut ler!

Bergaduh

Satu tompok hitam dalam sejarah aku mengenal bapaku!

Kisah bermula bilamana akak memanjat pokok biaweh yang kebetulan tumbuh disempadan rumah kami dengan jiran sebelah iaitu Abg Ghani. Saadiah anak Abg Ghani pun memanjat sama kerana pokok itu tumbuh disempadan. Semasa mencari dan memutik buahlah yang mengakibatkan pergaduhan diantara akak dan Saadiah. Saadiah menangis dan mengadu pada bapaknya.

Bapaknya pula memehak pada anaknya dan memarahi akak! Perkara ini didengar oleh arwah dan arwah tidak menyukai yang anak dia diperlakukan begitu. Maka terjadilah pergaduhan diantar arwah dan Abg Ghani, yang berlarutan hingga kedua-dua mereka berbalas penumbuk.

Tiada siapa yang datang melerai kerana mereka berjiran. Jiran lain jauhh, maka pertinjuan itu lama jugalah dengarnya. Akak kata arwah abang yang menang! Huallah hu allam bissawab.

Kejadian ini berlaku pada tahun 1950 kot!!! Saya belum lahir lagi. Mak Tua mesti ada cerita lengkapnya ni!

Nasi Lemak hilang

Satu pagi, seperti biasa abah akan meninggalkan kami berdua (Ayang dan saya) di Sekolah Umum Juasseh dan beliau terus mengayuh basikalnya untuk sampai ditempat kerjanya di Pasir Ambor. Lagi 5/6 kilometer lagi perjalanan. Selain dari saya dan kakak saya Ayang, Abah juga ada membawa sebakul nasi lemak anggaran berjumlah 50 bungkus.

Saya masih berlegar-legar lagi dipintu sekolah, bila ternampak abah datang kembali dengan basikalnya. Darinya saya mendapat tahu bahawa bakul nasi-lemaknya telah tercicir. Dia terus berpusing dan kembli meneruskan perjalannanya sambil memerhati bakul nasi lemak yang tercicir itu.

Pada petang itu, semasa kami dirumah dapat perkhabaran dari abah yang bakulnya berjaya dijumpai tak jauh dari tempat arwah meninggalkan kami. Syukur alhamdulillah...kalau hilang nasi-lemak alamat teruklah abah kena leter!

Bela Itik

Ada satu ketika dulu, masa itu saya baru berumur 4/5 tahun, arwah punyalah banyak bela itek! Mungkin hampir 200 ekor agaknya. Dan masa itu jugak, kami sangat kaya! Pernah memegang dan memiliki wang not 10 ringgit, emak yang bagi pun.

Kekayaan itu tiada lain puncanya ialah hasil dari jualan telur itek. Setiap hari lebihkurang 100 biji telur diperolehi dan setiap biji dijual dengan harga 10 sen sebiji. Memang puteh jer reban itek dilihat setiap pagi.

Arwah menyediakan lorong yang berpagar untuk itek turun kekolam ditepi sawah. Jika itek terlepas kesawah, nanti akan rosak padi dan sudah tentu akan bergaduh sakan dengan jiran2. Insya allah semua itu telah diatasi oleh arwah dan jiran2 pun tidak banyak yang merungut.

Masa ini pun saya tengok arwah cukup kuat bekerja. Balik sekolah terus buat kerja bela itek termasuklah..tebang pokok sagu dan terus mencincang isi sagu sampai jadi ketulan2 sebesar ibu jari tangan. Kemudiannya sagu yang telah dicincang itu dijemur supaya jadi kering dan mudah di beri makan kepada itek. Kalau tak dijemur, sagu akan busuk dan itek tak mahu makan pun.

Semasa bela itik inilah, kami kaya! Akak, ayang, ateh semuanya Mak belikan rantai dan loket emas. Namun banyak loket itu telah hilang, pasal diorang bukan kisah sangat. Selalunya tercicir dan terus hilang!

Guru Besar

Pada tahun 1956 abah di tukarkan ke Sekolah Umum Pasir Ambor. Pertukaran ini juga membawa tuah baginya kerana arwah juga telah dinaikkan pangkat jadi Guru Besar. Sudah semestinya anugerah pangkat ini membuatkan dia lagi rajin usaha dan semangat dia lagi berkobar-kobar.

Di sekolah inilah arwah menunjukkan kehebatannya sebagai saorang:
  • pendidik
  • petani
  • pejuang anak bangsa
  • orang kampung
Untuk pertukaran ini arwah telah membawa saya dan ayang bersama mengikut beliau di Pasir Ambor. Pada mulanya Mak ikut sama, tapi taklama lepas tu dia memilih untuk tinggal di Terusan lebih baik. Saya masuk Darjah Satu dan Ayang ke Darjah 3. Jiran berek kami ialah Cikgu Baharuddin dan isterinya Cikgu Rugayah. Anaknya bernama Shamsulamri, sebaya dengan saya dan adiknya Norhayati masih belum bersekolah lagi.

Namun 6 bulan kemudiannya, kami kembali bertukar kesekolah Umum Juasseh. Apa2 alasannya kami kurang pasti, mungkin abah sangat merindui isterinya walaupun setiap hujung minggu balik jugak ke Terusan.  Seterusnya abah berulang alik setiap hari dari Terusan ke Pasir Ambor dan petangnya dari Pasir Ambor ke Terusan. Perjalanan mengayuh basikal yang sejauh 10 batu pergi dan 10 batu balik.

Tok Uda

Tok Uda @ Zainal bin Yusof adalah adik kepada ibu arwah. Tok Uda jugaklah yang menyelamatkan nyawa arawah abah semasa dia diseksa dan dihina oleh ibu-tirinya semasa hidup di Kampung Kuala Kepis, Juasseh.  Mengetahui penderitaan dan azab sengsara yang di alami aruah, Tok Uda telah membawanya ke Seremban dan tinggal bersama familinya di Seremban. Isteri Tok Uda bernama Awi tersangatlah mulia hatinya dan menganggap arwah ini sebagai anaknya juga. Maka terlupuslah azab sengsara yang arwah alami buat beberapa tahun lamanya.

Tok Uda masa itu bekerja sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seremban dan berpengaruh jugak orangnya. Beliau sangat handsome dan tegap orangnya. Malahan arwah abah banyak mengetahui perkara2 rahsia berkenaan dengan Tok Uda ini kerana Tok Uda sangat sayang dan mempercayai arwah abah sepenuhnya.

Sekitar tahun 1956, Tok Uda pergi menunaikan fardu haji dan menaikki kapal laut dari pelabuhan di Singapura. Kapal bernama Nanking dan memakan masa selama 15 hari baru sampai Mekah. Arwah telah berkesempatan untuk menghantarnya ke pelabuhan di Singapura. Maka sebelum berlepas, arwah telah diajak oleh Tok Uda untuk melihat anaknya dari perkongsian rahsia nya dengan saorang gadis China di Singapura. Namun pertemuan itu tidak tertunai kerana Tok Uda sampai kelokasi perjumpaan itu lambat beberapa jam.

Arwah sering menceritakan kisah ini.  Perkongsian Tok Uda bersama gadis Cina itu telah menghasilkan saorang anak  perempuan dan amat cantik sekali. Kemungkinan kegagalan untuk berjumpa itu akan membuatkan isterinya itu kembali ke keluarganya dan kembali menganut ugama Budhanya. Dan anaknya terus hanyut dalam keluarga Budha itu. Arwah rasa amat kesal diatas peristiwa itu.

Visited JKR 4624 Ulu Kinta

Pada tahun 1983, arwah ada melawat saya di Ulu Kinta dan seterusnya tinggal bersama keluarga saya buat beberapa hari, mungkin jugak hampir sebulan. Arwah seronok dapat bermesra mesraan dengan cucu2nya terutama Adimar, Asnidar dan juga Kamil. Saya amat suka arwah ada bersama dengan kami disaat saat penghujung umurnya.

Sudah tentunya, kami melayan beliau dengan penuh kasih sayang. Dikala itu pun arwah masih sehat walafiat. Namun apabila saya belikan buah longan, arwah cukup suka memakan buah ini. Makanya saya belilah banyak2 lagi, sehingga ada satu ketika itu saya beli sampai 10 kilo sekali. Teringat apa kata arwah masa itu...

''Memang luas kebun kau ni Nuar!'' dan terus menghadap dan memakan buah2 longan tersebut.

Kemudianya, saya ingat 3/4 hari selepas itu arwah demam dan batuk kuat. Mungkin juga buah itu yang buat arwah jatuh sakit. Saya terpaksa menghantarnya pulang ke kampung. Namun ingatan bersama ngan Abah sangat2 saya hargai dalam hidup saya.

Wan Boghang

Teringat semasa Wan Boghang jatuh sakit! Kerap kali arwah berulang alik kerumahnya di Kuala Kepis. Dan kerap juga arwah ini membawa saya bersama. Namun perkara yang menarik ialah semasa Uwan sakit tenat hinggalah Uwan meninggal, ada jer saekor lembu berehat dibawah rumahnya.

Namun kemudian dari itu dan selepas Uwan meninggal baru arwah cerita yang lembu itu adalah harimau. Saya pun tidak dapat lihat dengan jelas kerana malam hari dan dari matan saya adalah saekor lembu. Rupa2nya harimau keturunan itu cukup setia dengan tuannya dan menunggu dengan sedih dibawah rumah.

Uwan Boghang ialah adik beradik dengan emak arwah mengikut salasilah berikut:

Othman.......Dukun Suman
Ahmad.........Monti Ahmad, pemes dengan kelakarnya
Lijah............Uwan Boghang
Barmah........Ibu kandung arwah
Zainal...........Tok Uda

Uwan Boghang ni sangat rapat dan sayang ngan arwah ni. Kiranya dialah yang mengganti tempat ibunya sejak ibunya meninggal dunia. Uwan Boghang ada mempuyai sorang anak bernama Kalsum. Kami memanggilnya Ulung Kalsum dan juga sangat disayangi oleh arwah ini.

Puru

Semasa kami (akak, ayang dan saya) kecil2 dan dalam lingkungan umur bawah 10 tahun begitu, arwah pernah menunjukkan parut2 yang besar di betisnya dan juga di kawasan ketingnya. Dan beliau berceritalah bagaimana dia mendapat parut2 itu.

Mengikut ceritanya, semasa arwah seumuran dengan kami, arwah cukup seksa untuk hidup kerana beliau dijaga oleh ibu-tirinya. Atuk Bador akan keluar mencari rezki berbulan bulan lamanya dan arwah kenalah tinggal bersama ibu-tirinya. Namun ibu tiri arwah ini tersangatlah garang dan zalim.

Arwah tinggal diluar rumah sahaja iaitu di atas pelantar kat dapur. Berpanas dan berhujan disitu sahaja dan juga makan pun tidak diberi dengan sempurna dan cukup. Banyak kali makan nasik basi yang diberi untuk makanan ayam atau kucing. Arwah pun ada menceritakan yang beliau hanya diberi makan dalam tempurung sahaja.

Oleh kerana kekotoran dan juga gigitan nyamuk dan hinggapan lalat, kudis yang kecil terus membesar menjadi puru. Kudis buta, puru memang sangat lumrah dialami oleh kanak2 masa itu kerana tiada kebersihan. Lama juga arwah menanggung azab puru itu. Sehinggalah Tok Uda menyelamatkan beliau dan terus bawa tinggal bersamanya di Seremban.

Sehingga besar, parut puru itu masih menyerlah dikaki dan betis arwah! Kami benar2 rasa sedih diatas segala pengalaman sedih arwah ini.

Thursday, December 9, 2010

Abah dan Sita Baiduri

Abah bersama Sita Baiduri. Kedua duanya telah kembali kerahmatullah. Sita pada 1972 dan Abah pada tahun 1989. Mereka berdua ni adalah manusia yang paling ku sayangi. Sita meninggal kerana dilanggar kereta semasa menghadiri kelas fardu ain, masa tu umurnya baru 4 tahun. Abah pula meninggal pasal paru-paru berair dan masa meninggal umurnya adalah 81 tahun.


Alfatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Wednesday, February 3, 2010

Meninggal dunia

Arwah telah meninggal dunia pada tahun 1989 bulan September begitu!


Saya talah diberitahu tentang kematiannya pada petang Ahad dan bergegas balik kekampung. Masa tu pulak sakit dada dan berhenti kat Klinik di Bidor untuk rawatan. Doktor bagi saya GTN dan letak bawah lidah saya, sakit dada terus hilang. Dan dokter kata saya cuma ada 3 bulan untuk hidup..........!


Saya bawa kereta denga hiba jer, namun sampai juga balik kampung Terusan. Kat kampung rumah kosong, tanya sanak sedara yang terdekat, mereka kata arwah meninggal kat rumah Ayang di Seremban. Maka berpusinglah balik ke Seremban menuju rumah Ayang.


Kat Serembann, rumah Ayang, sememangnya sudah ramai orang dan betullah jenazah arwah ada terlantar di sana. Mengikut cerita, arwah telah dibawa ke Klinik pada pagi itu dan doktor bagi suntikkan. Pada petangnya jam 2 petang arwah meninggal dunia. Begitu senang perginya........! Dan doktor yang merawatnya telah menalipon Ayang pada pukul 3 petang menanyakan khabar arwah!


Pada malam itu arwah di kebumikan di Tanah Perkuburan Dato Hj Said di Ampangan Seremban. Mengikut perkiraan saya, arwah berumur 82 tahun semasa dia meninggal.