Pada tahun 1956 abah di tukarkan ke Sekolah Umum Pasir Ambor. Pertukaran ini juga membawa tuah baginya kerana arwah juga telah dinaikkan pangkat jadi Guru Besar. Sudah semestinya anugerah pangkat ini membuatkan dia lagi rajin usaha dan semangat dia lagi berkobar-kobar.
Di sekolah inilah arwah menunjukkan kehebatannya sebagai saorang:
- pendidik
- petani
- pejuang anak bangsa
- orang kampung
Untuk pertukaran ini arwah telah membawa saya dan ayang bersama mengikut beliau di Pasir Ambor. Pada mulanya Mak ikut sama, tapi taklama lepas tu dia memilih untuk tinggal di Terusan lebih baik. Saya masuk Darjah Satu dan Ayang ke Darjah 3. Jiran berek kami ialah Cikgu Baharuddin dan isterinya Cikgu Rugayah. Anaknya bernama Shamsulamri, sebaya dengan saya dan adiknya Norhayati masih belum bersekolah lagi.
Namun 6 bulan kemudiannya, kami kembali bertukar kesekolah Umum Juasseh. Apa2 alasannya kami kurang pasti, mungkin abah sangat merindui isterinya walaupun setiap hujung minggu balik jugak ke Terusan. Seterusnya abah berulang alik setiap hari dari Terusan ke Pasir Ambor dan petangnya dari Pasir Ambor ke Terusan. Perjalanan mengayuh basikal yang sejauh 10 batu pergi dan 10 batu balik.
No comments:
Post a Comment