Pada satu hari dihujung bulan maka sampailah masanya untuk menerima gaji. Arwah semasa itu mengajar di Sekolah Melayu Rembang Panas di sekitar tahun 1955 begitu. Saya masih teringat bila arwah minta duit tambang bas dari Mak. Mak pun tiada duit rupanya.
Tambang ke Kuala Pilah ialah 25 sen sahaja, namun 25 sen pun ibu-bapa kami tiada memilikinya. Maka terpaksalah mencari serata ceruk rumah untuk mendapatkan duit itu. Mak beritahu dia ada terjumpa 10 sen dan terletak di lantai pengapit bendul dan saya berlari ketempat itu dan berjaya mendapatkannya. Hasil dari operasi mencari itu akhirnya berjaya jugak dikumpulkan duit sebanyak 25 sen maka berlepaslah arwah ke Juasseh untuk menaikki bas ke Kuala Pilah dan seterusnya menerima gaji di Sekolah Melayu Kuala Pilah A berhadapan dengan padang dekat Balai Polis tu.
Lazimnya arwah ini bila pergi ambil gaji di Kuala Pilah, dia akan membawa saya bersama. Apabila gaji sudah diambil dia akan belanja saya makan nasi di Restoran Abdul Hameed di depan Bas Stesyen Kuala Pilah. Menu istimewa kami ialah nasi siam dan sekeping hati masak kicap, nasi 15 sen, hati 25 sen dan air sirap10 sen. Semuanya 50 sen dan dua orang baru satu ringgit.
Yang kesiannya apabila balik rumah mesti cerita pada Ayang. Dia mampu menjilat jari dan kemudiannya menyapu kelehernya sahaja...''memang sodap kan Nuar!!!' tak cerita pun tak boleh pasal dia yang tanya, "apa abah belanja kau tadi?"
aaa..sedehnye,kalo ami ade time tuh,ami bawak semorang,ami blanje nasik siam 3 bungkus sorang
ReplyDeleteBanyaklah ko Mi.....
ReplyDeleteMasa tu nasik siam makanan orang2 kayer jer. Baunya cukup wangi, putih dan panjang2 berasnyer. Rasanya pulak...fuhhh..seminggu boleh tinggala kat ujung lidah!