Satu pagi, seperti biasa abah akan meninggalkan kami berdua (Ayang dan saya) di Sekolah Umum Juasseh dan beliau terus mengayuh basikalnya untuk sampai ditempat kerjanya di Pasir Ambor. Lagi 5/6 kilometer lagi perjalanan. Selain dari saya dan kakak saya Ayang, Abah juga ada membawa sebakul nasi lemak anggaran berjumlah 50 bungkus.
Saya masih berlegar-legar lagi dipintu sekolah, bila ternampak abah datang kembali dengan basikalnya. Darinya saya mendapat tahu bahawa bakul nasi-lemaknya telah tercicir. Dia terus berpusing dan kembli meneruskan perjalannanya sambil memerhati bakul nasi lemak yang tercicir itu.
Pada petang itu, semasa kami dirumah dapat perkhabaran dari abah yang bakulnya berjaya dijumpai tak jauh dari tempat arwah meninggalkan kami. Syukur alhamdulillah...kalau hilang nasi-lemak alamat teruklah abah kena leter!
No comments:
Post a Comment