Tok Uda @ Zainal bin Yusof adalah adik kepada ibu arwah. Tok Uda jugaklah yang menyelamatkan nyawa arawah abah semasa dia diseksa dan dihina oleh ibu-tirinya semasa hidup di Kampung Kuala Kepis, Juasseh. Mengetahui penderitaan dan azab sengsara yang di alami aruah, Tok Uda telah membawanya ke Seremban dan tinggal bersama familinya di Seremban. Isteri Tok Uda bernama Awi tersangatlah mulia hatinya dan menganggap arwah ini sebagai anaknya juga. Maka terlupuslah azab sengsara yang arwah alami buat beberapa tahun lamanya.
Tok Uda masa itu bekerja sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seremban dan berpengaruh jugak orangnya. Beliau sangat handsome dan tegap orangnya. Malahan arwah abah banyak mengetahui perkara2 rahsia berkenaan dengan Tok Uda ini kerana Tok Uda sangat sayang dan mempercayai arwah abah sepenuhnya.
Sekitar tahun 1956, Tok Uda pergi menunaikan fardu haji dan menaikki kapal laut dari pelabuhan di Singapura. Kapal bernama Nanking dan memakan masa selama 15 hari baru sampai Mekah. Arwah telah berkesempatan untuk menghantarnya ke pelabuhan di Singapura. Maka sebelum berlepas, arwah telah diajak oleh Tok Uda untuk melihat anaknya dari perkongsian rahsia nya dengan saorang gadis China di Singapura. Namun pertemuan itu tidak tertunai kerana Tok Uda sampai kelokasi perjumpaan itu lambat beberapa jam.
Arwah sering menceritakan kisah ini. Perkongsian Tok Uda bersama gadis Cina itu telah menghasilkan saorang anak perempuan dan amat cantik sekali. Kemungkinan kegagalan untuk berjumpa itu akan membuatkan isterinya itu kembali ke keluarganya dan kembali menganut ugama Budhanya. Dan anaknya terus hanyut dalam keluarga Budha itu. Arwah rasa amat kesal diatas peristiwa itu.
Nama sebenar Tok Uda ialah Zainal bin Abu, dan kakaknya bernama Barmah binti Abu, iaitu ibu kandung kepada arwah abah.
ReplyDelete