Saorang insan mulia yang mempunyai jiwa emas, menabur bakti sepanjang hayatnya serta mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. Itulah abahku....
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Tuesday, October 25, 2011
Langkah 12, silat harimau
Ini adalah matlamat segala silat dan silat yang terakhir sekali dimana ujian nya jugak adalah pertarungan dengan harimau sendiri. Abah ada nuntut ilmu silat ''LANGKAH 12" ni dan selalu dia bercerita tentang silat ini. Namun tak pernah pulak dia ajar kepakaran silat ini kepada saya.
Nuntut Ilmu Harimau
Sebaik sahaja Abah mendapat ilmu ini abah telah pergi menyuluh pelanduk tidak berapa jauh dari rumah. Elok saja dia menyuluh beberapa minit, maka terserempaklah dengan mata merah yang besar...iaitu MATA HARIMAU. Abah buangkan senapangnya dan terus lari balik kerumah, mengeletar lah kot!
Besoknya baru pergi ambil senapangnya balik.
Mengikut keterangan Guru, harimau itu memang dijadikan sebagai cubaan ilmu yang Abah telah pelajari. Sepatutnya Abah gunakan ilmu tersebut dan Sang Harimau sepatutnya tunduk dan terus beredar dari tempat itu. Ujian bagi Abah tidak lulus maka ilmu itu tidaklah dapat digunakannya....dan seterusnya tidaklah dapat dia menurunkannya kepada anak-cucunya.

Monday, October 24, 2011
Ilmu kunci mulut buaya
Semasa Abah dalam usia mudanya banyak juga orang2 kampung yang sudi menurunkan ilmu kepada beliau. salah satu ilmu tersebut ialah ilmu mengunci mulut buaya. Ilmu ini sangat berguna kerana masa itu Temua (Batang Muar) memang banyak buaya dan ramai jugak yang jadi mangsa buaya.
Batang Muar mesti dilalui bagi orang2 yang duduk di seberang apabila mereka mengerjakan sawah-padi mereka yang kebetulan sawah mereka terletak di seberang sungai. Mak pernah bercerita ada sorang tu sedang bawa bakul penuh padi diatas kepalanya dan menyeberang sungai. Sampai ditengah2 sungai terus hilang dibaham buaya.
Begitu juga punca makanan yang berperotin hanyalah terdapat di Temua ini, iaitu ikan2 dan juga anak2 udang. Semasa ramai2 berduyun menangkap ikan cara ''MENGOCA", masa itulah pun buaya akan keluar jugak kerana tempat persembunyian mereka telah dikacau. Bahaya sungguh bagi pengoca!!!
Ilmu yang abah tuntut itu ialah bacaan ayat al-kuran dan bila sudah dibaca maka ditampar air sungai. Insya allah buaya2 akan tidak mengacau manusia. Dan selepas habis mengoca atau menyeberang sungai maka dibaca sekali ayat tersebut, kali ini untuk membuka kunci pula.
Kuala sungai di Kuala Rembang Panas sememangnya termasyur ada buaya disitu. Entah mana dah perginya buaya tu sejak sungai semakin kering dan kecil.

Friday, April 15, 2011
Melabar
Temua
Keperluan untuk melabar adalah buluh yang baru dipotong sepanjang 2 kaki dan dibelah belah membuatkan setiap satu lebarnya 1 inci ke 2 inci. Satu bahagian buluh diruncingkan supaya mudah dipacak ke pasir.
Cara menggunakannya ialah dibawa buluh2 itu tadi ke Batang Muar atau Temuar. Cari tempat yang lurus dan tenang airnya dan sekadar kedalaman 2 kaki begitu. Buluh tadi dipacak kedasar sungai dengan jarak setiap satu buluh dengan buluh yang lain sekadar sedepa. Bahagian dalam buluh yang berwarna puteh hendaklah menghadap kedepan yaitu melawan arus air. Dan penebar jala akan duduk dibahagian tengah tengah di hadapan garisan pacakan buluh tadi.
Apa yang terjadi ialah bila ikan turun atau mudek, mereka akan terlihat putihan buluh ini dan mereka akan membelok untuk terus balik kebelakang. Masa dia membelok ini lah si penebar akan menebar jalanya dan jika cekap akan berjaya menangkap beberapa ekor ikan dalam tebran itu.
Arwah ini pernah dapat 9 ekor ikan sebarau dan lampam dalam satu sessi 'melabar' ini. Dan saekor ikan itu pula ada seberat sekati atau lebih. Maka bayangkanlah betapa lumayan rezki kami masa itu! Arwah memang pakar dan hebat dalam menggunakan kaedah ini.
Sunday, February 20, 2011
Reban ikan
Masa saya kecil2 dulu reban ikan ini sememangnya sangat popular bagi semua orang dikampung. Ianya dibuat ditepian Batang Muar atau ditempat yang airnya tidak mengalir..
Cara membuatnya adalah dengan menggunakan buluh-pimping yang terdapat banyak sekali di tepian sungai itu. Reban-ikan menyerupai kotak segi empat berukuran 10kaki x 15kaki begitu atau pun lebih besar lagi. Ianya berpintu satu dan pintu ini sentiasa terbuka. Kotak ini didindingi dengan buluh-pimping tadi yang dianyam begitu rupa sehingga ianya sangat rapat dan ikan selebar 2 inci tidak boleh keluar. Dalam reban ini pula dibubuhlah kelapa ker, ubi gadung ker, ubi kayuker sebagai umpan kepada ikan2.
Masa menengok reban ialah di waktu pagi. Bila air dalam reban berkocak kuat maka sudah pasti banyak ikan didalamnya. Pintu reban pun ditutup dan seterusnya ditangguklah ikan2 yang ada dalam reban itu. Atau pun dijala sekiranya reban itu besar dan boleh dijala. Hasil dari tangkapan ini selalunya cukup lumayan sekali. Pernah jugak ada orang kampung yang rebannya dimasukki buaya, kerana jika ikan banyak sudah pasti buaya pun minat juga.
Abah sememangnya sangat minat dengan usaha mencari hasil2 sungai. Reban beliau sudah pastinya salah satu reban yang banyak sekali mengeluarkan hasil. Cara buatan, lokasi dan juga umpan adalah memainkan peranan penting dalam membuatkan reban itu berjaya.
Tuesday, February 15, 2011
Tok Dukun
Arwah pernah bercerita tentang masa mudanya dikampung. Dikala itu mungkin dalam belasan tahun dan bapa saudaranya ketika itu ialah Dukun Suman, bergelar Dukun Di Raja pada masa itu. Anak2 murid Dukun Suman termasuklah anak2 dia, Angah Mail, Abah dan lain2. Namun arwah tinggi pelajaran dan tahu sedikit sebanyak berkenaan Quran.
Bila sampai bab pengakhir mantera....kun payakun maka jadilah..! arwah telah mempersoalkan ayat ini dan maksudnya. Dengan sendirinya Tok Suman telah menasihatkan arwah abah meninggalkan kelas kerana katanya arwah tidak sesuai menerima ilmu tersebut.
Selang beberapa tahun selepas itu, iaitu mungkin pada tahun 1957, arwah telah ditukarkan ke Sekolah Pasir Ambor, di Ulu Juasseh. Masa disinilah di satu petang arwah telah didatangi saorang perempuan muda yang terpekik terlolong untuk mintak tolong. Perempuan itu sememangnya dirasuk hantu, atau khususnya oleh polong.
Arwah telah mengambil sebaldi ayer dan membacakan ayat kursi sebanyak 3 kali. Namun bacaanya bila sampai ke ayat...''hit tuma'' itu beliau telah mengulanginya beberapa kali. Sesudah selesai air itu disimbahkan kepada perempuan yang berguling teruk dimasukki hantu itu. Dengan keredaan Tuhan, perempuan itu terus berhenti menyepak terajang serta berguling dan sebaliknya lemah longlai dan menangis teresak esak. Dia terus merayu..tolong saya Cikgu, tolong selamatkan saya! Insya allah, perempuan itu kembali puleh dan tiada lagi gangguan terhadapnya selepas itu.
Cerita keajaiban arwah memulehkan pesakit kronik diserang hantu tersebar luas. maka selepas itu ramailah orang kampung datang menemui beliau untuk menjampikan air. Arwah tidak pernak menolak, malahan itu sajalah bacaan penawarnya, iaitu bacaan ayat kursi sebanyak 3 kali dan membaca kali ulangan semasa sampai ke ayat ..hit tuma!
Huallah hualam bissawab!

Tuesday, December 14, 2010
Memburu pelanduk
Ikut cara Abah ni di namakan "menopok". Peralatan yang diperlukan ialah senapang, daun palas dan kayu sebesar ibu-jari sepanjang 1 kaki ke dua kaki. Caranya ialah kena cari tempat yang sesuai dan ada kesan2 tapak kaki pelanduk di kawasan pamah dan lembut. Bila tempat sesuai sudah ditemui maka berehat kejap bak 5 - 10 minit bagi menenangkan keadaan.
Bila pelanduk betina atau jantan masuk dalam sasaran maka ditembaklah dengan menggunakan senapang. Namun ada jugak bahayanya kerana harimau pun tahu bunyi tarian pelanduk ini dan jika nasib tak baik harimau sendiri akan datang. Masa tu......cabut ler!
Subscribe to:
Posts (Atom)