Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Friday, October 21, 2011

Sekolah Melayu Pasir Ambor

Aku masih ingat dipenghujung karier Abah...
Abah sangat minat bekerja dan semangat dia sangat berkobar kobar. Bermula dari Sekolah Melayu Rembang Panas bintangnya mula cerah. Masa tu Guru Besar dia ialah Cikgu Ali Uban, dan dia sangat puashati ngan prestasi kerja Abah. Maka diawal tahun 1956, Abah telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar dan sekolah yang dipilih untuk beliau menunjukkan bakatnya ialah SEKOLAH MELAYU PASIR AMBOR.

Disinilah pun Abah mula menjawat jawatan Guru Besar dimana penonolongnya adalah Cikgu Baharudin dan Cikgu Baharudin ni ditukarkan bersama isterinya Cikgu Rogayah dan kami tinggal di berek sebelah menyebelah Saya bersama kakak saya Peridah mengikut abah tinggal diberek ini dan bersekolah disekolah Pasir Ambor.

Cikgu Baharudin pun mempunyai 2 orang anak yang tinggal bersama mereka, iaitu SHAMSULAMRI dan NORHAYATI. Shamsul Amri sebaya dengan saya sementara Norhayati sebaya adik saya Ateh.

Di Pasir Ambor ini banyaklah khidmat bakti Abah yang amat ketara. Pertamanya mengindahkan landscaping sekolah, dengan menanam banyak pokok2 kelapa dan pokok buah2an yang lain.
Keduanya, interaksi dengan orang2 kampung sangat rapat dan mesra. Ketiganya, abah mengambil banyak budak2 yang tak bersekolah untuk disekolahkan Walaupun dah berumur, namun perlu di adjust dan diberi kelas tambahan malam hari. Ramai juga yang berterima kasih dan terhutang budi pada Abah diatas usaha murni beliau ini. Termasuklah saorang Sarjan Polis bernama Alias (dah aruah dah) yg selalu jer komen kebaikkan abah nama dah lupa....tinggal depan sekolah, kawen ngan Maimunah tu!

Sungguhpun tinggal di berek, namun kerap juga Abah balik ke Juasseh. Dan kerap juga abah berulang alik ke Pasir Ambor setiap hari. Abah kayuh basikal jer, basikal tuannya tu, ikut jalan potong di Kapitan. Namun itupun anggaran 15 kilometer jugak satu laluan, pulang balik 30 km. Abah terpaksa berlepas dari rumah pukul 5 pagi dan balik rumah pukul 7 petang. Kalau ikut sekarang 15 km memanglah dekat, tapi masa dulu jalan tanah serta bengkang bengkok dan banyak pulak halangannya.

Merasa jugak kami duduk di berek. Mak pun ada jugak ikut sama tapi untuk beberapa hari saja.

No comments:

Post a Comment