Saorang insan mulia yang mempunyai jiwa emas, menabur bakti sepanjang hayatnya serta mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. Itulah abahku....
Tuesday, October 25, 2011
Peristiwa semasa Jepun memerintah
Jepun memerentah Malaya dari tahun 1939 hingga 1945. Abah berkahwin dengan Mak pun semasa pemerentahan Jepun ini jugak. Sebagai Cikgu, Abah masih ditugaskan mengajar tetapi banyak mengajar pasal Jepun dan menggunakan Bahasa Jepun.
Padi memang susah pun. Kalau tanam padi pun Jepun yang akan ambil hasilnya. Maka masa pemerintahan Jepun ini semua orang tanam ubi kayu dan makan ubi kayu juga. Abah banyak menanam ubi kayu untuk menyara keluarganya. masa pemerentahan Jepun orang kampung banyak bergantung dari hasil hutan pun, kerana itulah pun yang Jepun tak kacau.
Abah ada cerita, satu hari semasa dia mengayuh basikal kesekolah di Serting Hilir, saorang pemuda Melayu yang masa itu bekerja dengan Jepun telah memukul dan menendang Abah. Puncanya Abah tak bongkok kat dia! Dia pun adalah anak murid Abah dulu, tapi sekarang bekerja dengan Jepun. Kononnya Abah tak bongkok dan hormat padanya, maka dia belasah abah cukup.
Sampai di Sekolah Serting Ilir, Abah telah menangis tersedu sedan. Menangis bukan pasal sakit tetapi sedih yang amat sangat kerana saorang Melayu dan bekas anak muridnya juga yang ambil kesempatan diatas kebongkakan dirinya bila mempunya "sedikit kuasa"!!!
Labels:
peristiwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment