Hidup dikampung memerlukam kemuafakatan yang tinggi kerana orang kampun semua dalam keadaan dhaif. Mereka mencari nafkah dari hasil hutan dan sungai, seterusnya bercucuk tanam dan beras pun adalah tanaman mereka sendiri.
Sebagai saorang guru, kiranya berpendidikan tinggi jugaklah tu yang ada tinggal dikampung, belau memainkan peranannya sebagai pemimpin juga bagi orang2 kampung. Banyak projek kerajaan yang cuba disalurkan kepada rakyat kampung akan tergendala sekiranya tiada pemimpin yang berwibawa untuk menjayakan projek kerajaan ini.
Abah membantu Mak dalam menjayakan kerja2 amal bagi kebaikan orang kampung sejagat. Ini termasuklah Persatuan Belia, Persatuan Pekebun Kecil, Persatuan Menternak Ayam, Persatuan Padang Kerbau dan berbagai-bagai persatuan lagi demi untuk menambah pendapatan rakyat kampung.
Saorang insan mulia yang mempunyai jiwa emas, menabur bakti sepanjang hayatnya serta mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. Itulah abahku....
Showing posts with label nilai mulia. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011
Lembut hati
Abah dilahirkan dalam keadaan yang dhaif juga. Tidak beberapa lama lepas kelahirannya, ibunya pula meninggal dunia. Atuk Bador berkawen dengan Wan Saelan, masa tu abah kecil sangat lagi. Lumrah zaman dahulu, ibu-tiri ini adalah neraka bagi kanak2 yang masih kecil.
Abah dibesarkan dengan penuh kekejaman dan penderitaan. Atuk Bador sememangnya merantau berbulan bulan dan tidak mengetahui sangat kebajikan anaknya ini, malahan diserahkan bulat2 kepada isteri mudanya untuk menjaganya.
Dari permulaan itulah, Abah telah membina perwatakkan yang ''amat merendah diri'' sehinggalah beliau meninggal dunia. Namun mengikut genetic dia juga, Atuk Bador dulu pun jenis lembut jga dan mulia hatinya. Abah memang mempunyai hati yang tersangat mulia. Cepat mengalah, cepat bersedih, cepat hiba, cepat bawa diri dan setahu saya........makan hati juga!!!

Monday, October 24, 2011
Menunaikan fardu haji
Pada tahun 1972, Abah telah menunaikan fardu haji bersama dengan 9 orang lain. Kebetulan dimusim haji itu Abah telah bersara dan duit bonos persaraan dia digunakan untuk menunaikan fardu haji. Famili yang turut serta dalam kumpulan Abah ini ialah Abah, Mak, Ayang, Akak, Abang Md Noor dan beberapa orang sedara mara yang terdekat.
Pemergian mereka ke Mekah bersamaan dengan permulaan penggunaan pesawat udara, dimana sebelum ini naik haji biasanya naik kapal laut sahaja. Saya berkesempatan menghantar mereka menaiki kapalterbang Pakistan Airlines yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi di Singapore.
Kumpulan ini bertuah kerana Ketua Rombongan ialah Sheikh Ibrahim Al-Kaderi sendiri iaitu Tuan Guru kami yang amat tersohor martabatnya. Pengalaman mereka sangat indah sekali dan banyaklah cerita2 pelik yang mereka bawa apabila balik dari mengerjakan haji itu.
Akak semasa mengerjakan haji ini sedang sarat mengandung dan ikut perkiraan beliau akan melahirkan anak semasa di Mekah ini. Namun sempat balik ke Malaysia dan beberapa minggu pulak sudah berada di rumah baru dia bersalin. Anak yang dikandungkannya ialah anak sulungnya bernama ABDUL KADER.

Tuesday, February 22, 2011
Perangai peribadi
Arwah abah sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Lembut dan sopan santun perangainya. Sangat susah nak marah dan jiwanya cukup muang baik2 belaka telahlia dan suka sangat menolong orang. Semasa hayatnya banyak gelaran2 hebat yang dikaitkan dengan perangainya. Ini termasuklah..Tuan Tulis, yaitu mengambil sempena saorang Wali Allah yang pernah hidup dan tinggal di Tanjung Ipoh.
Diantara testimoni2 yang menjurus kepada ketelusan perangai peribadinya ialah:
1. Penyabar dan Rendah Diri. Semasa zaman pemerintahan Jepun, adalah saorang Mamat tu yang jadi Kempetai (polis) Jepun yang cukup sombong dan berlagak seperti Jepun. Mamat ini dulunya pernah menjadi anak murid kepada arwah, tapi bila Jepun memerentah dia telah berhenti sekolah dan bekerja ngan Jepun. Satu hari Mamat ini berseliseh dengan arwah dan menengking arwah kerana tidak bongkok (cara hormat kepada Jepun). Arwah ini menyangkakan dia pernah jadi anak muridnya dulu maka tak payahlah buat begitu. Namun si Mamat tiba2 naik bengang dan terus membelasah arwah. Pukulan Mamat memang teruk sekali namun arwah masih berjaya meneruskan perjalanannya ke sekolah. Arwah menangis bukan kerana sakit tetapi kerana sedih melihat sikap orang Melayu, malahan anak muridnya sendiri yang bersikap kurang-ajar begitu.
2. Penyayang. Punyalah penyayang, baik pada isteri, anak2, sedara mara atau pun juga anak2 murid dan kengkawannya. Malahan, ianya telah termetri dengan mulut dan hatinya, setiap kali dia melatah dia akan menyebut...SOM, MBONG, WO, YANG!!! Nama2 itu adalah nama2 orang yang paling dia sayang, iaitu Som adik sepupunya bernama Kalsom, Mbong ialah isterinya bernama Kamariah atau Ombong, Wo ialah anak sulungnya bernama Zaharah atau Awo dan Yang ialah anak keduanya bernama Peridah atau Ayang. Cepat hiba melihat orang terseksa atau melarat dalam hidup, dan pastinya dia akan pasti menolong.
3. Sedia membantu. Bab ini terlalu banyak testimoni nya namun memadailah saya perturunkan beberapa yang menarik sahaja.

- Pertamanya, pada tahun 1950an, dikala itu arwah mendapat harta peninggalan bapa mertuanya Md Yatim (meninggal dunia 1949) sebuah kereta Austin of England. Dikala itu hanya 2 orang jer dikampung yang memilikki kereta. Maka ramailah yang ingin menompang untuk menaikki kereta ini. Arwah terpaksalah menghantar sampai ke Jempul dan balik dan selalunya lewat balik dari sekolah kerana tugasan bakti pada orang kampung.
- Keduannya, menolong anak2 miskin dalam melanjutkan pelajaran. Di kala itu ramai orang miskin dan tak mampu menghantar anak2 mereka kesekolah. Arwah telah mengutip mereka dan menyekolahkan mereka. Oleh kerana ramai dah berumur belasan tahun, maka terpaksalah arwah membuat kelas tambahan dimalam hari bagi mempercepatkan pembelajaran yang banyak tercicir. Ada seorang hamba allah yang pernah menemui saya pada tahun 80an dan beliau dengan terbuka memuji arwah ini.....''kalau lah tidak kerana Cikgu Md Zain, entah apalah nasib saya sekarang ini! Cikgu Md Zain mengambil saya dari lembah kemiskinan, menyekolahkan saya sehingga saya menjadi orang yang berguna!''.
- Ketiga, sungguhpun bergaji kecil dan tidak mencukupi menyara anak2 sendiri, namun arwah masih mampun membantu adik2 iparnya dalam melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti. Dia memang berjiwa besar dan ingin adik2 iparnya menjadi orang2 terpelajar, dan insya allah adik2 iparnya ini semuanya berjaya dalam pengajian masing2.
- Keempat, sebarang aktibiti kampung, baik ugama, kemasyarakatan, kenduri kendara, arwah amat sedia menghulurkan bantuan tenaga dan wang ringgitnya.
Tuesday, December 14, 2010
Visited JKR 4624 Ulu Kinta
Pada tahun 1983, arwah ada melawat saya di Ulu Kinta dan seterusnya tinggal bersama keluarga saya buat beberapa hari, mungkin jugak hampir sebulan. Arwah seronok dapat bermesra mesraan dengan cucu2nya terutama Adimar, Asnidar dan juga Kamil. Saya amat suka arwah ada bersama dengan kami disaat saat penghujung umurnya.
Sudah tentunya, kami melayan beliau dengan penuh kasih sayang. Dikala itu pun arwah masih sehat walafiat. Namun apabila saya belikan buah longan, arwah cukup suka memakan buah ini. Makanya saya belilah banyak2 lagi, sehingga ada satu ketika itu saya beli sampai 10 kilo sekali. Teringat apa kata arwah masa itu...
''Memang luas kebun kau ni Nuar!'' dan terus menghadap dan memakan buah2 longan tersebut.
Kemudianya, saya ingat 3/4 hari selepas itu arwah demam dan batuk kuat. Mungkin juga buah itu yang buat arwah jatuh sakit. Saya terpaksa menghantarnya pulang ke kampung. Namun ingatan bersama ngan Abah sangat2 saya hargai dalam hidup saya.

Tuesday, September 9, 2008
Tok Rebah
Tok Rebah ialah orang alim yang pernah menjadi Tok Siak bagi Mesjid Terusan pada zaman dulu-dulu lagi. Dia cukup 'alim dan menjaga mesjid dengan cukup teliti dan rajinnya. Pada satu hari dia telah meninggal dunia. Jenazahnya diketemui dilidah pasir dalam keadaan terselepak. Dia telah meninggala dunia semasa mengambil wuduk dan jatuh tersembam keatas pasair.
Yang ganjilnya ialah air sungai tidak menyentuhnya, malahan air mengelak membasahi atau menghanyutkan jenazahnya. Bila deketemui jenazahnya, elok sangat jenazah itu di jaga baik oleh air sungai.
Saudara beliau yang rapat ialah Arif yang kini pun sudah jadi arwah. Darinya lah kisah2 ini berpunca. Kubur Tok Rebah memang terdapat dikawasan mesjid iaitu dekat pagar bersebelahan dengan jalan ke Terusan Seberang.

Subscribe to:
Posts (Atom)