Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Tuesday, February 22, 2011

Perangai peribadi

Arwah abah sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Lembut dan sopan santun perangainya. Sangat susah nak marah dan jiwanya cukup muang baik2 belaka telahlia dan suka sangat menolong orang. Semasa hayatnya banyak gelaran2 hebat yang dikaitkan dengan perangainya. Ini termasuklah..Tuan Tulis, yaitu mengambil sempena saorang Wali Allah yang pernah hidup dan tinggal di Tanjung Ipoh.

Diantara testimoni2 yang menjurus kepada ketelusan perangai peribadinya ialah:

1. Penyabar dan Rendah Diri. Semasa zaman pemerintahan Jepun, adalah saorang Mamat tu yang jadi Kempetai (polis) Jepun yang cukup sombong dan berlagak seperti Jepun. Mamat ini dulunya pernah menjadi anak murid kepada arwah, tapi bila Jepun memerentah dia telah berhenti sekolah dan bekerja ngan Jepun. Satu hari Mamat ini berseliseh dengan arwah dan menengking arwah kerana tidak bongkok (cara hormat kepada Jepun). Arwah  ini menyangkakan dia pernah jadi anak muridnya dulu maka tak payahlah buat begitu. Namun si Mamat tiba2 naik bengang dan terus membelasah arwah. Pukulan Mamat memang teruk sekali namun arwah masih berjaya meneruskan perjalanannya ke sekolah. Arwah menangis bukan kerana sakit tetapi kerana sedih melihat sikap orang Melayu, malahan anak muridnya sendiri yang bersikap kurang-ajar begitu.

2. Penyayang. Punyalah penyayang, baik pada isteri, anak2, sedara mara atau pun juga anak2 murid dan kengkawannya. Malahan, ianya telah termetri dengan mulut dan hatinya, setiap kali dia melatah dia akan menyebut...SOM, MBONG, WO, YANG!!!  Nama2 itu adalah nama2 orang yang paling dia sayang, iaitu Som adik sepupunya bernama Kalsom, Mbong ialah isterinya bernama Kamariah atau Ombong, Wo ialah anak sulungnya bernama Zaharah atau Awo dan Yang ialah anak keduanya bernama Peridah atau Ayang. Cepat hiba melihat orang terseksa atau melarat dalam hidup, dan pastinya dia akan pasti menolong.

3. Sedia membantu. Bab ini terlalu banyak testimoni nya namun memadailah saya perturunkan beberapa yang menarik sahaja.
  •  Pertamanya, pada tahun 1950an, dikala itu arwah mendapat harta peninggalan bapa mertuanya Md Yatim (meninggal dunia 1949) sebuah kereta Austin of England. Dikala itu hanya 2 orang jer dikampung yang memilikki kereta. Maka ramailah yang ingin menompang untuk menaikki kereta ini. Arwah terpaksalah menghantar sampai ke Jempul dan balik dan selalunya lewat balik dari sekolah kerana tugasan bakti pada orang kampung.
  • Keduannya, menolong anak2 miskin dalam melanjutkan pelajaran. Di kala itu ramai orang miskin dan tak mampu menghantar anak2 mereka kesekolah. Arwah telah mengutip mereka dan menyekolahkan mereka. Oleh kerana ramai dah berumur belasan tahun, maka terpaksalah arwah membuat kelas tambahan dimalam hari bagi mempercepatkan pembelajaran yang banyak tercicir. Ada seorang hamba allah yang pernah menemui saya pada tahun 80an dan beliau dengan terbuka memuji arwah ini.....''kalau lah tidak kerana Cikgu Md Zain, entah apalah nasib saya sekarang ini! Cikgu Md Zain mengambil saya dari lembah kemiskinan, menyekolahkan saya sehingga saya menjadi orang yang berguna!''.
  • Ketiga, sungguhpun bergaji kecil dan tidak mencukupi menyara anak2 sendiri, namun arwah masih mampun membantu adik2 iparnya dalam melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti. Dia memang berjiwa besar dan ingin adik2 iparnya menjadi orang2 terpelajar, dan insya allah adik2 iparnya ini semuanya berjaya dalam pengajian masing2.
  • Keempat, sebarang aktibiti kampung, baik ugama, kemasyarakatan, kenduri kendara, arwah amat sedia menghulurkan bantuan tenaga dan wang ringgitnya.

1 comment:

  1. terima kasih pak ungga!! setiap kali membaca kisah 'Abah' ni hendaklah kita hadiahkan sekurang2 nya sekali fatihah untuk arwah, semuga roh nya dicucuri rahmat yg melimpah ruah oleh Allah swt....kisah 'Abah' sgt menyentuh perasaan...terutama kami anak2 nya yg selalu dimanjakan arwah...walau pon kami sudah meningkat dewasa!!!!SEDIHHH

    ReplyDelete