Arwah pernah bercerita tentang masa mudanya dikampung. Dikala itu mungkin dalam belasan tahun dan bapa saudaranya ketika itu ialah Dukun Suman, bergelar Dukun Di Raja pada masa itu. Anak2 murid Dukun Suman termasuklah anak2 dia, Angah Mail, Abah dan lain2. Namun arwah tinggi pelajaran dan tahu sedikit sebanyak berkenaan Quran.
Bila sampai bab pengakhir mantera....kun payakun maka jadilah..! arwah telah mempersoalkan ayat ini dan maksudnya. Dengan sendirinya Tok Suman telah menasihatkan arwah abah meninggalkan kelas kerana katanya arwah tidak sesuai menerima ilmu tersebut.
Selang beberapa tahun selepas itu, iaitu mungkin pada tahun 1957, arwah telah ditukarkan ke Sekolah Pasir Ambor, di Ulu Juasseh. Masa disinilah di satu petang arwah telah didatangi saorang perempuan muda yang terpekik terlolong untuk mintak tolong. Perempuan itu sememangnya dirasuk hantu, atau khususnya oleh polong.
Arwah telah mengambil sebaldi ayer dan membacakan ayat kursi sebanyak 3 kali. Namun bacaanya bila sampai ke ayat...''hit tuma'' itu beliau telah mengulanginya beberapa kali. Sesudah selesai air itu disimbahkan kepada perempuan yang berguling teruk dimasukki hantu itu. Dengan keredaan Tuhan, perempuan itu terus berhenti menyepak terajang serta berguling dan sebaliknya lemah longlai dan menangis teresak esak. Dia terus merayu..tolong saya Cikgu, tolong selamatkan saya! Insya allah, perempuan itu kembali puleh dan tiada lagi gangguan terhadapnya selepas itu.
Cerita keajaiban arwah memulehkan pesakit kronik diserang hantu tersebar luas. maka selepas itu ramailah orang kampung datang menemui beliau untuk menjampikan air. Arwah tidak pernak menolak, malahan itu sajalah bacaan penawarnya, iaitu bacaan ayat kursi sebanyak 3 kali dan membaca kali ulangan semasa sampai ke ayat ..hit tuma!
Huallah hualam bissawab!
No comments:
Post a Comment