Ada satu ketika dulu, masa itu saya baru berumur 4/5 tahun, arwah punyalah banyak bela itek! Mungkin hampir 200 ekor agaknya. Dan masa itu jugak, kami sangat kaya! Pernah memegang dan memiliki wang not 10 ringgit, emak yang bagi pun.
Kekayaan itu tiada lain puncanya ialah hasil dari jualan telur itek. Setiap hari lebihkurang 100 biji telur diperolehi dan setiap biji dijual dengan harga 10 sen sebiji. Memang puteh jer reban itek dilihat setiap pagi.
Arwah menyediakan lorong yang berpagar untuk itek turun kekolam ditepi sawah. Jika itek terlepas kesawah, nanti akan rosak padi dan sudah tentu akan bergaduh sakan dengan jiran2. Insya allah semua itu telah diatasi oleh arwah dan jiran2 pun tidak banyak yang merungut.
Masa ini pun saya tengok arwah cukup kuat bekerja. Balik sekolah terus buat kerja bela itek termasuklah..tebang pokok sagu dan terus mencincang isi sagu sampai jadi ketulan2 sebesar ibu jari tangan. Kemudiannya sagu yang telah dicincang itu dijemur supaya jadi kering dan mudah di beri makan kepada itek. Kalau tak dijemur, sagu akan busuk dan itek tak mahu makan pun.
Semasa bela itik inilah, kami kaya! Akak, ayang, ateh semuanya Mak belikan rantai dan loket emas. Namun banyak loket itu telah hilang, pasal diorang bukan kisah sangat. Selalunya tercicir dan terus hilang!
No comments:
Post a Comment