Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Thursday, December 9, 2010

Abah dan Sita Baiduri

Abah bersama Sita Baiduri. Kedua duanya telah kembali kerahmatullah. Sita pada 1972 dan Abah pada tahun 1989. Mereka berdua ni adalah manusia yang paling ku sayangi. Sita meninggal kerana dilanggar kereta semasa menghadiri kelas fardu ain, masa tu umurnya baru 4 tahun. Abah pula meninggal pasal paru-paru berair dan masa meninggal umurnya adalah 81 tahun.


Alfatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Wednesday, February 3, 2010

Meninggal dunia

Arwah telah meninggal dunia pada tahun 1989 bulan September begitu!


Saya talah diberitahu tentang kematiannya pada petang Ahad dan bergegas balik kekampung. Masa tu pulak sakit dada dan berhenti kat Klinik di Bidor untuk rawatan. Doktor bagi saya GTN dan letak bawah lidah saya, sakit dada terus hilang. Dan dokter kata saya cuma ada 3 bulan untuk hidup..........!


Saya bawa kereta denga hiba jer, namun sampai juga balik kampung Terusan. Kat kampung rumah kosong, tanya sanak sedara yang terdekat, mereka kata arwah meninggal kat rumah Ayang di Seremban. Maka berpusinglah balik ke Seremban menuju rumah Ayang.


Kat Serembann, rumah Ayang, sememangnya sudah ramai orang dan betullah jenazah arwah ada terlantar di sana. Mengikut cerita, arwah telah dibawa ke Klinik pada pagi itu dan doktor bagi suntikkan. Pada petangnya jam 2 petang arwah meninggal dunia. Begitu senang perginya........! Dan doktor yang merawatnya telah menalipon Ayang pada pukul 3 petang menanyakan khabar arwah!


Pada malam itu arwah di kebumikan di Tanah Perkuburan Dato Hj Said di Ampangan Seremban. Mengikut perkiraan saya, arwah berumur 82 tahun semasa dia meninggal.

Monday, December 14, 2009

Ziarah kubur Atuk dan Uwan

Semasa kecil2 dulu selalunya selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri, arwah suka membawa kami menziarahi kubur ibunya di Tanah Perkuburan Kuala Kepis. Arwah akan membaca doa dan juga yasin untuk ibunya ini. Ini berlanjutan sehingga Tok Bador pula meninggal pada awal tahun 1970, bilamana lepas tu kubur Atuk juga di ziarahi.

Yang menariknya ialah setiapkali menziarah kubur ni, arwah akan bawa kami bertiga dengan basikalnya. Mak  Tua dan Mak Lang akan duduk dipalang basikal dibelah depan sementara saya duduk di carrier di belakang. Memang inilah pun aturcara sambutan hari raya setiap tahun yang tak pernah arwah abaikan.

Kubur Tok Bador terletak di Tanah Perkuburan dekat simpang Rembang Panas dan Kuala Kepis, dan hingga kini mungkin hampir 50 tahun kami tak ziarahi kubur Atuk Bador dan Uwan Barmah. Insya allahi saya akan lawati kedua dua kubur ni nanti.

Tuesday, December 9, 2008

Keturunan

Semasa saya kecil abah selalu sebut nama2 bapa dan datuk neneknya....
Md Zain bin Bador
Bador bin Salleh
Salleh bin Pathan
Pathan bin Jak Saeng
..........

Namun dari susur galur yang mampu saya perolehi
abah adalah dari Suku Selemak Pahang
iaitu salah satu dari 12 suku yang terdapat
dalam rumpun dan naongan Adat Pepatih
di Negeri Sembilan

Kisah lampau..perkahwinan

Apabila sampai masanya maka sijejaka Md Zain ini pun dijodohkanlah dengan saorang perawan yang berasal dari Kg Sungai Lalang, Jempul. Perkahwinan dengan perawan bernama Zainab ini hanya bertahan selama 3 hari sahaja kerana si perawan tidak suka dengan suaminya ini. Maka kembalilah sijejaka membujang dan tinggal di berek sekolah iaitu Sekolah Melayu Terusan.

Selang beberapa bulan selepas itu, waris terdekat, Uwan Cinto berserta sanak taulannya, telah memilih 3 orang perawan  tercantik dari Kampung Terusan untuk calun isteri sijejaka ini. Maka diadakanlah satu perjumpaan, maka diundilah salepas dibuat doa dan solat tazkirah. Nama yang terpilih ialah perawan yang bernama KAMARIAH BINTI MD YATIM. Maka dilangsungkan lah perkahwinan diantara kedua dua mempelai ini.

Perkahwinan ini berlangsung sekitar tahun 1944 iaitu semasa pemerintahan Jepun. Faham2 sajalah masa tu, mesti sajian jamuan pun ialah ubi-kayu semata mata. Beras mana nak ada, kalau ada pun Jepun dah kebas!
Perkahwinan ini direstui Tuhan bilamana ianya bertahan sampai sijejaka meninggal dunia pada tahun 1989.

Seperkara yang menarik ialah selepas beberapa hari sijejaka melangsungkan perkahwinan dengan Kamariah, bekas isterinya Zainab telah datang kerumah dan mengambil basikal kesayangan sijejaka. Maka mungkin jugalah ada sedikit kekecohan disini, hu allah hualam bissawab! Nak tahu cerita lebih, perlu dapatkan dari mulut Uwan sendiri!

Tuesday, September 9, 2008

Tok Rebah

Tok Rebah ialah orang alim yang pernah menjadi Tok Siak bagi Mesjid Terusan pada zaman dulu-dulu lagi. Dia cukup 'alim dan menjaga mesjid dengan cukup teliti dan rajinnya. Pada satu hari dia telah meninggal dunia. Jenazahnya diketemui dilidah pasir dalam keadaan terselepak. Dia telah meninggala dunia semasa mengambil wuduk dan jatuh tersembam keatas pasair.

Yang ganjilnya ialah air sungai tidak menyentuhnya, malahan air mengelak membasahi atau menghanyutkan jenazahnya. Bila deketemui jenazahnya, elok sangat jenazah itu di jaga baik oleh air sungai.

Saudara beliau yang rapat ialah Arif yang kini pun sudah jadi arwah. Darinya lah kisah2 ini berpunca. Kubur Tok Rebah memang terdapat dikawasan mesjid iaitu dekat pagar bersebelahan dengan jalan ke Terusan Seberang.

Tuesday, August 5, 2008

Sejarah Silam

Md Zain bin Bador adalah nama bapaku. Arwah dilahirkan pada tahun 1908, namun kad pengenalannya mencatat tarikh kelahirannya pada tahun 1914. Ini sangat bersesuaian dimasa itu kerana tarikh lahir sesaorang itu tidaklah dipertikaikan sangat kerana sistem pendaftaran pun tidak menyeluruh lagi. Masih di bawah pemerintahan British dan memang ramai pun tak ada paspot dan surat beranak.

Tarikh kelahiran ni juga mengambil kira peristiwa pahit yang menimpa bapaku semasa kecil. Beliau diseksa dan dijadikan hamba abdi sehinggalah bapa-saudaranya Yusof Abu mengambilnya dan bawa dia duduk bersamanya di Seremban. Disnilah bapaku mendapat belaian kasih sayang dan seterusnya memulakan hidup baru.

Disinilah jugalah beliau mencari wang dengan kerja mencuci kereta Mat Salleh, saorang Guru Besar disebuah sekolah di Seremban. Lama kelamaan Mat salleh itu naik sayang pula pada arwah ini kerana kerajinannya dan menolong bapaku untuk mendapat pelajaran. Mengikut beliau umurnya masa itu sudah 14 tahun dan dia dimasukkan ke Darjah Satu. Namun berkat usaha, ketekunan dan minatnya beliau telah maju dalam pelajarannya serta meningkat dengan pantas untuk tahap2 seterusnya. Akhirnya dia berjaya dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Tanjung malim, Perak pada tahun 1933.

Tamat pengajian di maktab tersebut pada tahun penghujung 1935 dan terus ditugaskan di Sekolah Umum Kuala Pilah pada awal tahun 1936.