Semasa kecil2 dulu selalunya selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri, arwah suka membawa kami menziarahi kubur ibunya di Tanah Perkuburan Kuala Kepis. Arwah akan membaca doa dan juga yasin untuk ibunya ini. Ini berlanjutan sehingga Tok Bador pula meninggal pada awal tahun 1970, bilamana lepas tu kubur Atuk juga di ziarahi.
Yang menariknya ialah setiapkali menziarah kubur ni, arwah akan bawa kami bertiga dengan basikalnya. Mak Tua dan Mak Lang akan duduk dipalang basikal dibelah depan sementara saya duduk di carrier di belakang. Memang inilah pun aturcara sambutan hari raya setiap tahun yang tak pernah arwah abaikan.
Kubur Tok Bador terletak di Tanah Perkuburan dekat simpang Rembang Panas dan Kuala Kepis, dan hingga kini mungkin hampir 50 tahun kami tak ziarahi kubur Atuk Bador dan Uwan Barmah. Insya allahi saya akan lawati kedua dua kubur ni nanti.
Jom balik reramai cuti rayo cino. Kito buek kenduri arwah sikit. Lopeh tu kito ziarah ramai-ramai.
ReplyDelete