Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Tuesday, August 5, 2008

Sejarah Silam

Md Zain bin Bador adalah nama bapaku. Arwah dilahirkan pada tahun 1908, namun kad pengenalannya mencatat tarikh kelahirannya pada tahun 1914. Ini sangat bersesuaian dimasa itu kerana tarikh lahir sesaorang itu tidaklah dipertikaikan sangat kerana sistem pendaftaran pun tidak menyeluruh lagi. Masih di bawah pemerintahan British dan memang ramai pun tak ada paspot dan surat beranak.

Tarikh kelahiran ni juga mengambil kira peristiwa pahit yang menimpa bapaku semasa kecil. Beliau diseksa dan dijadikan hamba abdi sehinggalah bapa-saudaranya Yusof Abu mengambilnya dan bawa dia duduk bersamanya di Seremban. Disnilah bapaku mendapat belaian kasih sayang dan seterusnya memulakan hidup baru.

Disinilah jugalah beliau mencari wang dengan kerja mencuci kereta Mat Salleh, saorang Guru Besar disebuah sekolah di Seremban. Lama kelamaan Mat salleh itu naik sayang pula pada arwah ini kerana kerajinannya dan menolong bapaku untuk mendapat pelajaran. Mengikut beliau umurnya masa itu sudah 14 tahun dan dia dimasukkan ke Darjah Satu. Namun berkat usaha, ketekunan dan minatnya beliau telah maju dalam pelajarannya serta meningkat dengan pantas untuk tahap2 seterusnya. Akhirnya dia berjaya dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Tanjung malim, Perak pada tahun 1933.

Tamat pengajian di maktab tersebut pada tahun penghujung 1935 dan terus ditugaskan di Sekolah Umum Kuala Pilah pada awal tahun 1936.

Saturday, July 19, 2008

Kereta Austin N 674

Di Juasseh pada lingkungan tahun 1946 membawa ke 1950an memang kurang sangat yang memiliki kereta. Kereta dibawa masuk oleh pihak British sebaik saja Jepun mengaku kalah dan British kembali berkuasa di Malaya. Industri getah kian maju dan banyak mendatangkan hasil pendapatan kepada Malaya, tambahan pula ketika itu getah sememangnya sangat2 berharga.

Atuk saya bernama Md Yatim mempunyai dua kereta, satu dipakainya sendiri sementara satu lagi diserah kepada kawannya bernama Din Pelanduk untuk tugas menghantar 2 orang anak2nya kesekolah di Kuala Pilah. Namun pada tahun 1949, Atuk Md Yatim telah meninggal dunia akibat demam panas. Maka kereta Austinnya berpindah tangan kepada bapa saya.

Sudah semestinya abah gumbira dengan harta peninggalan atuk ini. Pada mulanya memanglah dia seronok kerana dapat memandu kereta dan pergi kerja pun guna kereta. Namun kereta itu semakin tua dan semakin banyaklah pula memerlukan ongkos untuk menyaranya. Kereta yang Atuk beli pada tahun 1947 itu akhirnya dijual pada tahun 1955.

Thursday, June 19, 2008

Cuti Jepun

Semasa saya kecil dulu pernah abah mengambil Cuti Jepun. Cuti ini mengambil kira beliau bekerja semasa pemerentahan Jepun dahulu dan bila Kerajaan British mengambil alih pemerentahan di Malaya maka diorang mengganti balik masa bekerja itu dengan bentuk cuti. Cuti ini dipanggil 'cuti jepun'.

Banyak hari jugak yang abah layak kerana sejak Jepun memerentah Malaya dari tahun 1939 hinggalah tahun 1945, abah dah jadi cikgu dan bekerja sepenuh masa sebagai cikgu. Dari 1935 hingga 1939, beliau mengajar di sekolah Melayu, dan semasa pemerintahan Jepun, abah kenalah juga mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun. Banyak kisah2 malang dan menyedihkan berlaku semasa khidmat beliau dalam pemerintahan Jepun ini.

Apa apa pun, bila British memerentah semula pada penghujung 1945, pihak British banyak memberi ganjaran tentang pemulihan ke tahap lama. Maka cuti-cuti ini diujudkan. Setahu saya pada awalan 1950an memang abah ada mengambil cuti ini secara beransur ansur. Namun ianya kemudian dilupuskan dan cuti yang layak hangus begitu saja.

Abah menghabiskan cuti jepunnya dengan membuat kerja2 pertanian seperti menanam padi, membela itek dan juga mengusahakan  tanam2an sayur2an. Memang abah cukup pakar dalam menanam padi, ubi-kayu dan juga sayur2an.