Di Juasseh pada lingkungan tahun 1946 membawa ke 1950an memang kurang sangat yang memiliki kereta. Kereta dibawa masuk oleh pihak British sebaik saja Jepun mengaku kalah dan British kembali berkuasa di Malaya. Industri getah kian maju dan banyak mendatangkan hasil pendapatan kepada Malaya, tambahan pula ketika itu getah sememangnya sangat2 berharga.
Atuk saya bernama Md Yatim mempunyai dua kereta, satu dipakainya sendiri sementara satu lagi diserah kepada kawannya bernama Din Pelanduk untuk tugas menghantar 2 orang anak2nya kesekolah di Kuala Pilah. Namun pada tahun 1949, Atuk Md Yatim telah meninggal dunia akibat demam panas. Maka kereta Austinnya berpindah tangan kepada bapa saya.
Sudah semestinya abah gumbira dengan harta peninggalan atuk ini. Pada mulanya memanglah dia seronok kerana dapat memandu kereta dan pergi kerja pun guna kereta. Namun kereta itu semakin tua dan semakin banyaklah pula memerlukan ongkos untuk menyaranya. Kereta yang Atuk beli pada tahun 1947 itu akhirnya dijual pada tahun 1955.
Saorang insan mulia yang mempunyai jiwa emas, menabur bakti sepanjang hayatnya serta mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. Itulah abahku....
Saturday, July 19, 2008
Thursday, June 19, 2008
Cuti Jepun
Semasa saya kecil dulu pernah abah mengambil Cuti Jepun. Cuti ini mengambil kira beliau bekerja semasa pemerentahan Jepun dahulu dan bila Kerajaan British mengambil alih pemerentahan di Malaya maka diorang mengganti balik masa bekerja itu dengan bentuk cuti. Cuti ini dipanggil 'cuti jepun'.
Banyak hari jugak yang abah layak kerana sejak Jepun memerentah Malaya dari tahun 1939 hinggalah tahun 1945, abah dah jadi cikgu dan bekerja sepenuh masa sebagai cikgu. Dari 1935 hingga 1939, beliau mengajar di sekolah Melayu, dan semasa pemerintahan Jepun, abah kenalah juga mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun. Banyak kisah2 malang dan menyedihkan berlaku semasa khidmat beliau dalam pemerintahan Jepun ini.
Apa apa pun, bila British memerentah semula pada penghujung 1945, pihak British banyak memberi ganjaran tentang pemulihan ke tahap lama. Maka cuti-cuti ini diujudkan. Setahu saya pada awalan 1950an memang abah ada mengambil cuti ini secara beransur ansur. Namun ianya kemudian dilupuskan dan cuti yang layak hangus begitu saja.
Abah menghabiskan cuti jepunnya dengan membuat kerja2 pertanian seperti menanam padi, membela itek dan juga mengusahakan tanam2an sayur2an. Memang abah cukup pakar dalam menanam padi, ubi-kayu dan juga sayur2an.

Subscribe to:
Posts (Atom)