Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Tuesday, December 9, 2008

Keturunan

Semasa saya kecil abah selalu sebut nama2 bapa dan datuk neneknya....
Md Zain bin Bador
Bador bin Salleh
Salleh bin Pathan
Pathan bin Jak Saeng
..........

Namun dari susur galur yang mampu saya perolehi
abah adalah dari Suku Selemak Pahang
iaitu salah satu dari 12 suku yang terdapat
dalam rumpun dan naongan Adat Pepatih
di Negeri Sembilan

Kisah lampau..perkahwinan

Apabila sampai masanya maka sijejaka Md Zain ini pun dijodohkanlah dengan saorang perawan yang berasal dari Kg Sungai Lalang, Jempul. Perkahwinan dengan perawan bernama Zainab ini hanya bertahan selama 3 hari sahaja kerana si perawan tidak suka dengan suaminya ini. Maka kembalilah sijejaka membujang dan tinggal di berek sekolah iaitu Sekolah Melayu Terusan.

Selang beberapa bulan selepas itu, waris terdekat, Uwan Cinto berserta sanak taulannya, telah memilih 3 orang perawan  tercantik dari Kampung Terusan untuk calun isteri sijejaka ini. Maka diadakanlah satu perjumpaan, maka diundilah salepas dibuat doa dan solat tazkirah. Nama yang terpilih ialah perawan yang bernama KAMARIAH BINTI MD YATIM. Maka dilangsungkan lah perkahwinan diantara kedua dua mempelai ini.

Perkahwinan ini berlangsung sekitar tahun 1944 iaitu semasa pemerintahan Jepun. Faham2 sajalah masa tu, mesti sajian jamuan pun ialah ubi-kayu semata mata. Beras mana nak ada, kalau ada pun Jepun dah kebas!
Perkahwinan ini direstui Tuhan bilamana ianya bertahan sampai sijejaka meninggal dunia pada tahun 1989.

Seperkara yang menarik ialah selepas beberapa hari sijejaka melangsungkan perkahwinan dengan Kamariah, bekas isterinya Zainab telah datang kerumah dan mengambil basikal kesayangan sijejaka. Maka mungkin jugalah ada sedikit kekecohan disini, hu allah hualam bissawab! Nak tahu cerita lebih, perlu dapatkan dari mulut Uwan sendiri!