Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Tuesday, August 5, 2008

Sejarah Silam

Md Zain bin Bador adalah nama bapaku. Arwah dilahirkan pada tahun 1908, namun kad pengenalannya mencatat tarikh kelahirannya pada tahun 1914. Ini sangat bersesuaian dimasa itu kerana tarikh lahir sesaorang itu tidaklah dipertikaikan sangat kerana sistem pendaftaran pun tidak menyeluruh lagi. Masih di bawah pemerintahan British dan memang ramai pun tak ada paspot dan surat beranak.

Tarikh kelahiran ni juga mengambil kira peristiwa pahit yang menimpa bapaku semasa kecil. Beliau diseksa dan dijadikan hamba abdi sehinggalah bapa-saudaranya Yusof Abu mengambilnya dan bawa dia duduk bersamanya di Seremban. Disnilah bapaku mendapat belaian kasih sayang dan seterusnya memulakan hidup baru.

Disinilah jugalah beliau mencari wang dengan kerja mencuci kereta Mat Salleh, saorang Guru Besar disebuah sekolah di Seremban. Lama kelamaan Mat salleh itu naik sayang pula pada arwah ini kerana kerajinannya dan menolong bapaku untuk mendapat pelajaran. Mengikut beliau umurnya masa itu sudah 14 tahun dan dia dimasukkan ke Darjah Satu. Namun berkat usaha, ketekunan dan minatnya beliau telah maju dalam pelajarannya serta meningkat dengan pantas untuk tahap2 seterusnya. Akhirnya dia berjaya dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Tanjung malim, Perak pada tahun 1933.

Tamat pengajian di maktab tersebut pada tahun penghujung 1935 dan terus ditugaskan di Sekolah Umum Kuala Pilah pada awal tahun 1936.