Labels

hobi (3) ilmu (7) kejayaan (2) nilai mulia (6) peristiwa (12) Susur galur (4) trajedi (1)

Saturday, July 19, 2008

Kereta Austin N 674

Di Juasseh pada lingkungan tahun 1946 membawa ke 1950an memang kurang sangat yang memiliki kereta. Kereta dibawa masuk oleh pihak British sebaik saja Jepun mengaku kalah dan British kembali berkuasa di Malaya. Industri getah kian maju dan banyak mendatangkan hasil pendapatan kepada Malaya, tambahan pula ketika itu getah sememangnya sangat2 berharga.

Atuk saya bernama Md Yatim mempunyai dua kereta, satu dipakainya sendiri sementara satu lagi diserah kepada kawannya bernama Din Pelanduk untuk tugas menghantar 2 orang anak2nya kesekolah di Kuala Pilah. Namun pada tahun 1949, Atuk Md Yatim telah meninggal dunia akibat demam panas. Maka kereta Austinnya berpindah tangan kepada bapa saya.

Sudah semestinya abah gumbira dengan harta peninggalan atuk ini. Pada mulanya memanglah dia seronok kerana dapat memandu kereta dan pergi kerja pun guna kereta. Namun kereta itu semakin tua dan semakin banyaklah pula memerlukan ongkos untuk menyaranya. Kereta yang Atuk beli pada tahun 1947 itu akhirnya dijual pada tahun 1955.